Selamat datang ke blog Intai-intai Dapur...tempat perkongsian resipi.Mencuba pelbagai jenis masakan memberi kepuasan pada diri saya dan saya percaya memasak makanan yang enak dengan ikhlas ,adalah salah satu cara kita meluahkan rasa kasih dan sayang...Melalui blog ini, saya berharap dapat berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang ada dan berkongsi resipi yang antaranya diperturunkan, juga yang diperolehi dari pelbagai sumber lain...Semoga ianya diberkati.Selamat mencuba!!

Friday, April 26, 2013

DOH ASAS ROTI



Daripada resipi doh asas roti ini...kita boleh membuat pelbagai resipi roti yang lain seperti roti sardin, roti pandan, roti ikan bilis, roti kacang merah ,dan yang lain-lain. Doh roti boleh disediakan samada secara manual ( menguli guna tangan ), mixer dan bread maker. Apa yang penting...doh mesti  diuli secukupnya hingga mendapat tekstur yang licin.





DOH ASAS ROTI

Bahan A :
330g. tepung roti @ tepung gandum
1/2 s. teh garam
1 1/2 s.besar susu tepung
60g.  gula castor

Bahan B:
1 biji telur -> gred A

Bahan C: dicampur bersama
120ml. air
11g yis segera

Bahan D;
40g. butter

Cara Membuatnya:
1. satukan semua bahan A ke dalam mangkuk pengadun dan kacau sekata.

2. Masukkan bahan B dan mula menguli sambil dituang bahan C sedikit demi sedikit hingga membentuk doh, lebih kurang 5 minit.

3. Masukkan bahan D dan uli doh lagi 5 minit  hingga menjadi doh yang licin. Periksa samada doh telah sedia atau belum, dengan mengambil sedikit doh dan menariknya menjadi nipis...jika doh tidak mudah terkoyak, maknanya doh telah sedia untuk digunakan. Jika belu...uli lagi hingga mendapat doh roti yang benar-benar elok.

4. Keluarkan doh dari mixer dan letakkan ke dalam sebiji mangkuk , perapkan selama 30-40 minit, hingga saiz doh naik dua kali ganda.

5.Kemudian, boleh lah dibahagi dan dibentuk doh mengikut resipi yang diingini...dan perap lagi doh yang telah dibentuk itu selama lebih kurang 30 minit lagi, hingga doh naik.

6. Setelah itu boleh lah dibakar.

Tuesday, April 23, 2013

KEK PISANG



Kek pisang ini amat mudah disediakan...tidak perlu ada mesin yang canggih. Apa yang diperlukan hanyalah bahan-bahan kek, mangkuk pengadun , senduk kayu/hand whisk dan oven.

RESIPI KEK PISANG

3-4 biji pisang -> dilecek
1/3 cwn. mentega -> dicairkan
3/4 cwn gula halus
1 biji telur -> dipukul sedikit
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil baking soda
secubit garam
1 1/2 cwn. tepung serbaguna -> diayak

Caranya :-

1. Panaskan oven kepada suhu 175C.

2. Lenserkan acuan loaf bersaiz 4in.x8in. atau apa-apa acuan yang sesuai.

3. Dengan menggunakan hand whisk/senduk kayu...satukan pisang yang telah dilecek dan mentega ke dalam sebuah mangkuk, dan kacau sebati.

4. Kemudian, masukkan gula + telur + esen vanila ke dalam adunan; sebatikan.

5. Setelah itu, taburkan baking soda + garam ke atas adunan dan kacau rata.

6. Akhir sekali, masukkan tepung dan kacau sebati.

7. Tuangkan adunan ke dalam acuan yang telah dilenserkan tadi dan bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dulu selama 1 jam.

8. Setelah kek masak, keluarkan dari oven dan sejukkan di atas redai.

KUIH KETAYAP




Zaman kanak-kanak dulu , saya panggil kuih ketayap ni.."kuih gulung" :) Masa dulu , setiap kali mak buat kuih ketayap ni...suka sangat tengok cara mak melenggang kuali untuk mendadarkan kuih ketayap ni..duduk tepi mak.Bila setiap kali mak selesai menggulung kuih ketayap tu...terus ambil dan makan !! Tak sempat mak nak hidang...

RESIPI KUIH KETAYAP

Bahan-bahannya :

1 cwn. tepung gandum
1 biji telur
1/2 cwn. santan
1 cwn. air
1 sudu kecil garam
2 sudu besar minyak
1 sudu besar pes pandan atau boleh pelbagaikan rasa dan warna ketayap anda..

Inti ketayap :
1/2 biji kelapa parut
3/4 cwn. gula merah @ 1/4 cwn gula merah + 1/4 cwn. gula melaka ( cincang)
sedikit air
1 helai daun pandan
1 sudu besar tepung jagung

**Masak semua bahan-bahan untuk inti di dalam sebuah periuk dengan api sederhana...kacau sampai inti menjadi kental. Sejukkan sepenuhnya.


Cara Membuatnya :
1) satukan semua bahan-bahan untuk ketayap dan kacau sebati dengan menggunakan hand whisk atau boleh juga dikisar kesemua bahan di dalam blender hingga halus. Kemudian, tapiskan adunan.

2) Panaskan kuali @ non-stick pan di atas api yang perlahan,dan sapukan sedikit minyak ke atasnya. Setelah itu ambil satu senduk adunan ketayap dan tuang ke atas kuali. Lenggangkan kuali untuk menjadikan sekeping dadar yang nipis. Biarkan cukup masak sehingga nampak gelembung-gelembung pada permukaan dadar...angkat dan letakkan ke atas sebiji pinggan leper.

3) Ambil inti kelapa secukupnya dan letakkan di bahagian tengah ketayap dan gulung dengan kemas. Sedia untuk dimakan.

KEK CAWAN CERI KLASIK





Minum petang kali ini saya buat cupcakes ceri klasik. Resipi asalnya adalah sebiji kek bersaiz 8 inci...tapi, saya buatkan dalam bentuk cupcakes. Jadi tak payah susah-susah nak dipotong ketika hendak makan....itupun, cuma buat separuh adunan saja sebab yang nak makan hanya suami dan anak-anak saja..:) Sedikit olahan resipi telah saya lakukan semasa proses membuat cupcakes ni disebabkan ceri yang ada di dapur tak cukup...hanya ada 80g. sahaja...sedangkan timbangan ceri untuk 1/2 adunan memerlukan sebanyak 125g.Selongkar punya selongkar peti sejuk...hanya ada buah prune sahaja. Maka 45g. lagi, saya gantikan dengan buah prune yang dipotong kecil. Resipinya mudah saja dan kurang manis.

KEK CERI KLASIK

Bahan-bahannya :

125g ceri --> dibasuh utk. buangkan gulanya & dilap kering, kemudian dipotong 4 semuanya
85g. serbuk badam
200g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
200g. butter
200g. gula castor
3 biji telur gred A
1 biji lemon --> ambil parutan kulit & jusnya
6 ketul gula kiub --> diramasa utk. ditabur ke atas kek [ saya cuma guna gula perang saja...]

Cara Membuatnya:
1) Panaskan oven terlebih dulu kepada suhu 180C dan lenserkan serta alaskan dengan kertas kalis minyak acuan bulat bersaiz 8 inci.

2)Ambil satu sudu besar tepung gandum, gaulkan bersama ceri dan sebuk badam. Sementara itu ayak lebihan tepung gandum tadi bersama baking powder.

3) Pukul butter bersama gula hingga gebu.Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji ke dalamnya sambil dipukul hingga sebati.

4) Masukkan tepung yang telah diayak, ceri, parutan lemon dan jus lemon ke dalam adunan butter. Gaul hingga semuanya sebati.

5)Tuangkan adunan kek ke dalam acuan kek dan taburkan gula kiub yang telah dihancurkan ke atasnya. Bakar selama 1 hingga 1 1/4 jam atau hingga kek masak warna perang keemasan.Sejukkan di dalam acuan selama 15min. sebelum dikeluarkan daripada acuan dan disejukkan sepenuhnya di atas redai.Sedia untuk dimakan.

LANGKAH DEMI LANGKAH MEMBUAT SARMA/DOLMA


1.Cuci daun-daun anggur dengan bersih dan rendam seketika untuk membuang kotoran.Buangkan tangkainya.



2. Celur seketika daun anggur bagi tujuan melembutkan daun supaya senang proses membalut nanti.




3.Sediakan bahan-bahan untuk membuat inti sarma.



4. Ambil daun anggur dan letakkan ke atas sebiji pinggan leper dengan bahagian daun yang berkilat di  menghadap ke bawah dan bahagian tangkai menghala ke arah anda.


5.Ambil inti dan letakkan di  bahagian tengah daun.


6. Mulakan proses menggulung dengan melipat bahagian kiri dan kanan daun seperti di dalam gambar.


7.Kemudian,gulung dengan kemas dari bahagian tangkai dau menghala ke atas.


8. Balutan sarma yang telah digulung kemas. Ulangi proses menggulung ini dengan daun-daun anggur selebihnya hingga selesai.


9. Susun beberapa hirisan lobak merah memenuhi dasar periuk.

10. Kemudian, susun pula sarma yang telah siap digulung kemas rapat-rapat dan memenuhi bahagian atas lobak merah itu.Tuang air rebusan sekadar paras susunan sarma/doma sahaja.


11.Ambil sebiji piring yang berat dan tahan panas, tekan bahagian atas susunan sarma/dolma dengan piring di terlangkup.Ikut lah langkah seterusnya untuk memasak sarma seperti di dalam resipi.

Wednesday, April 10, 2013

KERABU PUCUK ANGGUR



Bereksperimen di dapur dengan sesuatu yang baru...membuatkan saya rasa begitu teruja. Tambah-tambah lagi bila eksperimen itu menjadi. Kali ini jom kita cuba buat kerabu pucuk anggur pula! Sedap rupanya pucuk anggur ni bila dibuat kerabu atau urap...:)


KERABU PUCUK ANGGUR

Bahan Tumbuk:
1 sudu makan udang kering --> direndam
1 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1/2 sudu kecil biji lada hitam

* Semua bahan-bahan di atas ditumbuk lumat

Bahan Kerabu:
2 cekak pucuk anggur --> dihiris atau dikoyak-koyakkan
3 sudu makan kelapa putih
1 sudu makan kerisik
4 ulas bawang merah ( bersaiz besar ) --> dimayang
1 biji cili merah --> dihiris serong
1 biji cili hijau --> belah dua, buang bijinya & dihiris halus
5-6 biji cili padi --> dihiris halus
7-10 helai daun pudina --> dihiris
7-10 helai kelopak bunga kantan --> dihiris
1/2 biji perahan jus lemon
garam dan gula secukup rasa

**Caranya : Satukan bahan tumbuk bersama bahan kerabu ke dalam sebuah mangkuk dan gaul rata-rata. Perasakan masam , manis dan masinnya...Jika perlu ditambah jus lemon/garam/gula...silakan, ikut selera lidah masing-masing...:)

Tuesday, April 9, 2013

SARMA / DOLMA






Menperkenalkan sejenis juadah daripada daun anggur yang sangat terkenal di sekitar kawasan Mediterranean, Timur Tengah, dan negara-negara Eropah seperti di Bosnia dan Sweden. Bergantung pada tempatnya...juadah ini dipanggil dengan beberapa nama antaranya sarma, dolma,atau mahshi waraq . Saya mempunyai beberapa batang pokok anggur yang ditanam di halaman tepi rumah...jadi, mudah untuk saya mendapatkan daun anggur ini dan mencuba beberapa resipi daripadanya. Anda juga boleh mencuba resipi sarma ini jika boleh memperolehi daun anggur di tempat anda. Resipi yang saya paparkan di sini adalah jenis vegetarian. Sarma juga boleh dibuat bersama inti daging . Jika berkesempatan, saya akan berkongsi lagi beberapa resipi sarma yang lain di sini nanti...Insyaa allah.


RESIPI SARMA/DOLMA [ versi vegetarian ]

Bahan Inti :-
+- 50 helai daun anggur
1 1/2 cwn. beras basmathi --> dicuci & ditoskan airnya
1/4 cwn. minyak zaitun
1/8 cwn. pes tomato
1/2 cwn daun parsley --> dihiris halus
1/8 cwn. daun pudina -->dihiris halus
1/8 cwn. daun bawang --> dihiris halus
1 labu bawang besar --> dicincang
1 biji tomato --> dipotong dadu
1/4 cwn jus lemon
1/8 cwn. kismis / blackcurrants
1/8 cwn. badam hiris --> dibakar rangup
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1/2 sudu teh serbuk paprika
1/2 sudu teh garam

Bahan Air Rebusan:-
satukan 1 cwn. air + 1/4 cwn. jus lemon + 1 sudu kecil gula
1/4 cwn minyak zaitun
beberapa batang lobak merah

Cara Penyediaannya:-

1) Rendam dan bersihkan daun anggur. Kemudian celurkan sebentar ke dalam air panas untuk melembutkan daun. Tos dan buangkan tangkainya. Ketepikan.

2) Dengan mengguna api sederhana, panaskan minyak 1/4 cwn. minyak zaitun dan tumis bawang besar hingga layu lebih kurang 15min.

3) Kemudian, masukkan beras bersama jus lemon, kacau dan masak seketika selama 10min.

4) Masukkan semua bahan-bahan inti yang selebihnya, kacau dan masak untuk beberapa minit lagi .Pada peringkat ini, nasi tidak perlu masak sepenuhnya kerana ia akan kembang lagi ketika dimasak di dalam daun anggur nanti.Tutup api dan sejukkan.

5) Ambil sehelai daun anggur dan letakkan ke atas sebiji pinggan leper dengan bahagian berkilat daun terlangkup ke bawah. Kemudian letakkan lebih kurang dua sudu teh nasi ( bergantung pada saiz daun anggur itu...) ke atas daun anggur, hampir dengan bahagian tangkainya.

6) Lipat kiri dan kanan daun...dan gulung dari bahagian tangkai itu naik ke atas dengan kemas. Ulangi proses ini dengan daun anggur selebihnya hingga habis.

7) Di dalam sebiji periuk, susun lobak merah( yang telah dipotong memanjang) di bahagian dasarnya. Ini bagi mengelak sarma melekat pada periuk ketika masak nanti.

8) Susun serapat mungkin gulungan daun anggur ke atas lobak merah itu hingga habis.

9) Tuangkan ke atasnya campuran 1 cwn. air + 1/4 cwn. jus lemon + 1 sudu teh gula yang telah disediakan pada awal tadi. Letakkan sebiji piring berat yang tahan panas secara telangkup di atas susunan sarma. Ini untuk mengelakkan sarma daripada terapung ketika proses memasak.

10) Letakkan periuk ke atas api yang sederhana dah masak hingga mendidih. Setelah itu kecilkan api dan tutp periuk. Renih selama 45 min.

11) Kemudian, masukkan 1/4 cwn minyak zaitun ke dalam periuk dan renihkan lagi selama lebih kurang 15-20 min.

12) Setelah sarma masak, jangan dibuka terus penutup periuk. Perlu biarkan sarma sejuk sepenuhnya di dalam periuk sekurang-kurangnya 2 jam atau semalaman. Selepas itu baru lah dubuka penutupnya dan diangkat piring . Kaedah ini dilakukan kerana warna daun anggur akan pudar jika terus dibuka periuk ketika masih panas. Keluarkan sarma bersama lobak merah, dan toskan airnya.

13) Hidangkan sarma dan lobak merah bersama yogurt dan hirisan lemon.


Monday, April 8, 2013

NASI IKAN



Bagi yang mempunyai masalah kolesterol yang tinggi di dalam darah...resipi nasi ikan ini sangat lah sesuai untuk dimakan. Lauk sampingannya hanya lah ikan yang perlu dikukus , dibakar atau dipanggang dengan resipi pilihan anda dan acar sayuran/salsa. Dari segi nutrisi...hidangan ini seimbang dengan kandungan karbohidrat, protein,vitamin dan serat...saya boleh katakan, ia adalah satu hidangan yang sihat.



RESIPI NASI IKAN

*Mula-mula mesti sediakan stok ikan dulu...macamana? Senang jer...kalau ada tulang-tulang ikan dari lebihan buat kuah laksa tu...ambil dan rebuskan dengan bawang yang digoreng dengan minyak zaitun hingga layu dan sedikit garing. Lepas tu masukkan air ( ikut byk. mana nak guna utk. masak nasi...) & tulang ikan tu. Rebus sampai mendidih tidak melebihi 20min. lamanya...kalau tak ada tulang ikan...boleh jer guna ikan terus. :)

Bahan-bahan utk. nasi :-
2 cwn beras basmathi --> dicuci bersih & ditoskan airnya
1 biji bawang besar --> dicincang halus
3-4 sudu besar minyak zaitun
1 sudu kecil serbuk paprika
1 sudu kecil serbuk lada sulah
sedikit kismis
garam secukup rasa

Cara penyediaan nasi:-
* Panaskan minyak zaitun di dalam periuk dan tumiskan bawang besar hingga wangi dan agak layu...Kemudian, masukkan beras basmathi dan dikacau sebentar di atas api. Setelah itu...tuangkan stok ikan ke dalamnya mengikut sukatan air yang perlu digunakan utk. masak nasi (jika stok ikan kurang...boleh tambah air biasa kepadanya).
*Masukkan serbuk paprika + lada sulah + garam + kismis, dan gaul rata...kemudian, tutup periuk dan masak lah seperti nasi biasa. Tetapi,perlu lah di kacau sekali-sekala nasinya supaya masak sekata.Setelah nasi masak, taburkan bahan tumisan kismis + hirisan badam ke atasnya. Boleh lah dihidangkan.

Cara membuat bahan tabur : panaskan sedikit minyak zaitun dan gorengkan hirisan badam dan kismis secukupnya. Goreng sekejap saja...agak ok, tuangkan ke dalam periuk nasi yang telah masak tadi.


Cara Penyediaan Salsa:
Ada pelbagai resipi salsa yang anda boleh google. Di sini saya membuat salsa ikut apa yang ada di dapur saya saja.. Tomato dibuang bahagian tengahnya dan dipotong dadu + bawang besar dipotong dadu + sedikit bawang putih diparut + daun parsley dihiris + sedikit hirisan daun pudina + cili padi dihiris halus + perahan jus lemon + serbuk lada hitam kasar + garam dan gula secukup rasa. Hanya gaulkan semua bahan-bahan tersebut di dalam sebuah mangkuk dan seimbangkan rasa masam, masin dan manisnya mengikut selera anda.

Sunday, April 7, 2013

BENGKANG ROTI




Resipi ini amat mudah...dan ini adalah resipi puding roti saya sejak zaman persekolahan lagi. Boleh dikatakan, ianya resipi masa mula berjinak-jinak di dapur gitu...:)



PUDING @ BENGKANG ROTI

1 cwn. susu
2 biji telur
1/2 cwn. air
1/2 cwn gula ( kalau tak mau manis...boleh kurangkan)
8 - 10 keping roti

Caranya:-
1)Masukkan air ke dlm. bekas dan masukkan roti ; rendam roti dlm. air hingga lembut, kemudian hancurkan roti tersebut.

2) Di dalam mangkuk yang berasingan, satukan semua bahan-bahan selebihnya. Kemudian, masukkan roti yang telah dihancurkan tadi dan gaul sebati. Jika mahukan tekstur yang lebih halus...boleh juga blend semua bahan di dalam blender.

3) Tuangkan ke dalam acuan yang telah dilenserkan dan bakar pada suhu 175C selama 30minit atau hingga masak.

ROTI JALA DWI-WARNA



Menceriakan masa minum petang atau sarapan pagi anda...apa kata kali ini anda cuba buat sendiri roti jala dwi-warna ini mengikut kreativiti anda...:) Untuk membuat roti jala dwi-warna, anda memerlukan 2 botol yang bermuncung tiga pada penutupnya [ seperti yang diguna oleh peniaga burger tu...]. Bahagikan adunan roti jala kepada dua warna dan diisikan ke dalam botol tersebut. Setelah itu anda boleh terus menjala di atas kuali dengan jalaan bersegi ataupun membulat...ikut lah hati anda....:) SELAMAT MENCUBA!


RESIPI ROTI JALA

Bahan-bahannya:
1 cwn.tepung gandum
1/2 cwn.santan @ susu segar
1/2 cwn. air
1 biji telur
1/4 sudu kecil garam @ secukup rasa
1 sudu besar minyak sayuran
sedikit warna...ikut pilihan masing-masing

Cara Membuatnya:

1) Campurkan semua bahan-bahan di atas ke dalam sebuah mangkuk dengan mengguna hand-mixer sahaja...sampai sebati.Tapis adunan dan warnakan. Kalau nak buat dwi-warna , bahagikan adunan kepada dua bahagian dan warnakan.

2) Panaskan kuali leper dan lenserkan dengan sedikit minyak...boleh lah mula menjala mengikut kreativiti masing-masing.

3) Angkat dan lipatkan atau gulung roti jala. Sedia untuk dihidang.

NOTA: Resipi ini dapat menghasilkan lebih kurang 7-8 keping roti jala ( ikut besar mana yang dijala atas kuali tadi). Gandakan resipi jika ingin kuantiti yang banyak.

Friday, March 29, 2013

KEK KUKUS LOBAK MERAH



Okay...resipi dalam bahasa Inggeris lah pulak...malas dah nak translate...cuma copy & paste terus dari folder resipi saya yang ada tu...Jadi, masing-masing translate sendiri lah ya...:)

STEAMED CARROT CAKE WITH VANILLA SAUCE

Ingredients:
[ A ]
4 eggs
280g. brown sugar
½ tsp. salt
120g. corn oil
120g. milk
1 tsp. vanilla essence

[ B ]
200g. shredded carrot
150g. crushed canned pineapple

[ C ]
360g. flour
2 tsp. double-action baking powder
1 tsp. sodium bicarbonate
1 ½ tsp. cinnamon powder

Method:
1. Mix [A] until well-combined. Add in [B], mix until well-blended.
2. Add in sieved [C], mix until well-blended.
3. Pour into greased and lined 23cm. square mould, cover with foil. Steam for 1hr 15min. or until well cook. Set aside to cool.


VANILLA SAUCE :
In a pot, cook over low heat...
400ml. fresh milk
100g. Castor sugar

Meanwhile, mix the following ingredients in separate bowl…
18g. Custard powder
2 egg yols
100ml fresh milk

• When the milk mixture is warm enough, pour in the custard mixture and stir until cook & thicken.

KEK JAGUNG KUKUS



Tekstur dan rasa kek kukus jagung ni...lebih kepada apam. Selain daripada buat kek ini di dalam loyang, boleh juga guna acuan kecil seperti acuan kek cawan...Sila lah cuba resipi ini.


KEK JAGUNG KUKUS

Bahan A:
4 biji telur
...
200 g. gula castor

Bahan B:
200 g. jagung krim dlm tin

Bahan C:
250 g. tepung gandum
1 sudu besar double-action baking powder

Bahan D:
80 g. butter --> dicairkan

Caranya:-
1. Pukul bahan A hingga gebu dan ringan. masukkan bahan B dan kacau hingga sebati.
2. Kaup balikkan bahan C yang telah diayak bersama terlebih dulu dan kacau hingga sebati. Masukkan bahan D perlahan-lahan dan kacau hingga betul2 sebati. Tuang ke dalam acuan pilihan masing2.
3. Kukus...masa kukus mengikut saiz acuan yang digunakan. Jika menggunakan acuan kecil2 spt. acuan cupcakes kukus selama lbh krg 30min. Jika menggunakan acuan yang lebih besar...misalnya yang bersaiz 8in. kukus selama 1 setengah jam...atau hingga betul2 masak.

KEK PISANG KUKUS



Kelainan pada resipi kek pisang kukus ini ,ialah adunannya dicampur dengan  buah-buahan kering. Enak dimakan ketika minuman petang...:)


KEK PISANG KUKUS

Bahan A:
3 biji telur
160g. gula halus

Bahan B:
250g. Pisang dilecek
1/4s.teh garam

Bahan C:
50g. Susu fresh @ susu cair

Bahan D:
240g. tepung gandum
2s.teh double-action baking powder
1/2s.teh soda bicarbonato

Bahan E:
90g. minyak jagung @ minyak sayuran lain

Bahan F :
180g. Kismis @ boleh juga diganti dgn mixed fruits

Caranya:-
1. Pukul baha A hingga kembang dan pekat. Masukkan bahan B ke dalam bahan A dan pukul lagi hingga pekat dan sebati.
2. Masukkan bahan C, gaul sebati. Kemudian, masukkan bahan D yang telah diayak bersama terlebih dulu, dan kacau sebati.
3. masukkan bahan E secara perlahan-lahan dan kaup-balikkan hingga sebati. Masukkan bahan F dan kacau hingga sebati.
4. Boleh lah diletakkan adunan ke dalam acuan cupcakes yang telah dilenserkan dgn sedikit majerin & ditabur sedikit tepung terlebih dulu.
5. Kukus selama 30 min. Atau hingga betul-betul masak.
6. Nota : Jika menggunakan acuan besar, kukus lebih kurang selama 1jam 15min.

Thursday, March 28, 2013

PAU KAMPUNG



Tekstur pau kampung tidak gebu seperti kebanyakan pau-pau komersial yang banyak kita jumpa di luar sana. Kulit pau juga tidak terlalu tebal...Secara peribadi, saya lebih menyukai pau seperti ini daripada yang komersial tu...kerana, ianya tidak muak dimakan. Selamat mencuba!


PAU KAMPUNG

2 cwn. tepung gandum
3 sudu teh yis segera
1/4 cwn gula halus
50 ml. minyak jagung
1/2 cwn air

* Gaul tepung + yis hingga sebati
* dlm. bekas lain ; larutkan gula dgn sedikit air di atas
* tuang larutan gula ke dalam tepung dan gaul.
* Separuh jalan, masukkan minyak & lebihan air , uli hingga menjadi doh yang kenyal. Jika adunan terlalu lembik, boleh tambah sedikit tepung lagi.
* Rehatkan doh 10-15 min.
* Kemudian bulat-bulatkan adunan dan rehatkan lagi selama 10 min.
* Ambil doh dan masukkan inti pilihan ; kemudian rehatkan lagi 30 min. sebelum dikukus.
* Kukus hingga masak selama lebih kurang 10 min.
* Adunan ini boleh menghasilkan lebih kurang 12-13 biji pau bergantung kepada berapa besar saiz pau yang dibulat kan...:)

Wednesday, March 27, 2013

SCONES







SCONES....amat sinonim dengan makanan ala-ala inggeris gitu...bagi sesetengah daripada masyarakat kita sanggup pergi ke Cameron Highland untuk menikmati scones di sana dengan diselimuti hawa yang dingin...seolah-olah berada di luar negara ya...:) Apa kata kali ini, anda cuba membuat scones anda sendiri pula...Sebenarnya, tidak susah yang disangka untuk membuat scones...semuanya hanya main kepal-kepal saja. Ada pelbagai versi resipi scones yang pada asasnya sama sahaja...Di sini , saya paparkan resipi scones tanpa telur di dalam adunannya. Telur ( kuning telur ) hanya diguna sebagai sapuan ke atas scones sebelum dibakar, bagi tujuan untuk mengilatkan. SELAMAT MENCUBA!

 RESIPI SCONES

350-400g. tepung naik sendiri
80g butter -- sejuk
1 sudu teh esen vanila
1 cwn susu suam
1 sudu teh baking powder
1/3 cwn. gula
1/2 sudu teh esen vanila
sedikit garam
perahan jus lemon -- optional

Caranya:
1) Ayak tepung bersama baking powder ke dalam sebuah mangkuk besar.


2) Ramas-ramaskan ke dalam tepung...masukkan gula & garam, ramaskan menjadi
seperti serbuk roti ( crumble).


3) masukkan susu suam + esen vanila ke dalam adunan tepung dan gaul sebati ( jika
adunan agak lembik...tambah sedikit tepung lagi).


4) Perahkan sedikit jus lemon ( optional ), gaul lagi sekadar crumble sahaja...jangan
diuli.


5) Setelah itu, keluarkan doh ke atas tempat menguli...hanya tekan-tekan doh
dengan tangan sahaja...lipat-lipatkan seperti kita membuat puff pastry sebanyak
4 kali ulangan.


6) Kemudian, boleh lah diterap dengan cookie cutter dan disusun ke atas baking tray
yang terlebih dulu dipanaskan sebelum membakar scones.


7) Bakar scones di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dulu pada suhu 200C
selama 15min.

DONUT KENTANG




Saya amat teruja dengan resipi donut kentang dari majalah SAJI ini...tidak sia-sia saya  mencuba kerana
hasilnya amat memuaskan hati dan anak-anak pun nampaknya suka dengan donut ini..:) Cara menghias/salut donut tu...ikut lah citarasa masing-masing ya...di sini saya oleskan donut kentang ke dalam gula halus yang dicampur dengan sedikit serbuk kayu manis dan diletakkan sedikit jem strawberi di atasnya...yummy!


DONUT KENTANG MINI

Bahan A:
150g tepung gandum
40g kentang lecek --> rebus..buang kulit & dilecek
1 sudu besar susu tepung
1/2 biji telur --> dipukul sedikit dgn. garfu
40ml. air suam
1 sudu besar butter / majerin
1 sudu besar gula
1 sudu kecil yis segera

Bahan B :
sedikit gula halus ( utk. salut donut )
minyak masak utk. menggoreng secukupnya

Cara Membuatnya:-
1) Satukan semua bahan A kecuali air suam di dalam sebuah
mangkuk.Gaul hingga menjadi crumble.
2) Kemudian, tuangkan air suam sedikit-sedikit sambil diuli hingga
adunan menjadi lembut ( air tidak semestinya diguna habis....
guna hingga mendapat kelembutan doh yang sesuai ).
Bentukkan adunan menjadi bulat dan rehatkan doh lebih kurang
30-40 min. hingga doh naik sikit.
3) Kemudian, uli dan canai doh, terap dengan menggunakan acuan
bulat diameter 1.5in. ( 4cm.).
4) Panaskan minyak...dan goreng hingga keperangan.Angkat dan
toskan minyaknya.
5) kemudian golekkan ke dalam gula halus. Sedia dimakan.

POLKA DOTS SOUFFLE CHEESE ROLL




Bawakan sedikit keceriaan kepada swiss roll anda...:)

POLKA DOTS SOUFFLE CHEESE ROLL
Bahan A

60 g. fresh milk
50 g. creamcheese

Bahan B

25 g. minyak sayuran

Bahan C

65 g. tepung gandum

Bahan D

6 biji kuning telur
10 g. gula halus

Bahan E

3 biji putih telur
60 g. gula halus
secubit garam
1/8 sudu teh cream of tartar

Caranya

1) Sediakan swiss roll tray berukuran 12in x 12in. yang telah di alas dgn kertas kalis minyak sepenuhnya dan dilenserkan. Panaskan oven kepada suhu 175C.

2) Masak bahan A secara double boiler hingga keju larut. Angkat dari api dan tambah bahan B dan gaul hingga sebati.

3) Satukan bahan C dalam bekas asing dan kacau sikit.Kemudian campur bahan C, kemudian bahan D dan adun sehingga sebati.Ketepikan sebentar.

4) Pukul bahan E hingga pekat dan campurkan ke dalam adunan tepung tadi. Gaul hingga rata dengan menggunakan spatula.

5) Tuang ke dalam tray swiss roll. Bakar selama 25 minit.

6) Setelah masak, keluarkan dari oven dan segera keluarkan kek dari acuan dan biar sejuk sedikit....baru disapukan dengan apa-apa filling pilihan yang disukai dan gulungkannya dengan kemas.

NOTA: kalau nak buat polka dots, selepas STEP 4 asingkan sedikit adunan dan warnakan dengan warna kegemaran. Kemudian, letakkan dalam piping bag dgn nozzle bulat....dan paipkan dulu corak polka dots ke atas acuan mengikut kreativiti masing-masing....bakar sekejap dalam oven selama lebih kurang seminit...keluarkan dari oven..kemudian , baru teruskan denagan STEP 5 dengan menuangkan adunan ke atas polka dots secara berhati-hati.


Sunday, March 24, 2013

CHEESE TARTS




CHEESE TARTS

Kulit Tart:

200 gm tepung gandum
100 gm butter
25 gm susu tepung
50 gm gula icing - diayak
1 biji telur - gred B ( dipukul sedikit)

Filling Cheese:

250 gm cream cheese - pada suhu bilik
50 gm gula castor
25 gm butter - pada suhu bilik
1 biji telur - gred B
20 gm tepung gandum - diayak

Cara Membuat kulit Tart:-

 1) Pastikan bahan2 spt butter & telur dlm keadaan sejuk.

2) Ayak bersama tepung , gula icing & susu ke dalam mangkuk.

3) Dengan menggunakan hujung jari ramaskan butter ke dlmadunan tepung hingga menjadi spt serbuk roti.

4) Tuangkan telur sedikit demi sedikit ke dlm adunan sambildipotong2 tepung dgn menggunakan pisau makan hinnga sebati.

5) Kepal-kepalkan ( jgn diuli ) menjadi doh.

6) Tekan masuk adunan dlm acuan tart & biarkan sejuk dlm petisejuk selama 20 min.

7) Bakar pastry dlm oven 180 C selama 10-15 Kemudian keluarkandari oven dan biarkan pastry sejuk sepenuhnya sebelumdiletakkan inti.


Cara Membuat Filling:-

1) Pukul cream cheese, butter & gula hingga sebati.

2) Masukkan telur dan pukul hingga kembang.

3) Masukkan tepung dan gaul sebati.

4) Tuangkan inti cheese ke dlam pastry yg telah dibakar tadi.

5) Letakkan / hiaskan cheese tart dgn filling pilihan sepertiblueberry filling/ strawberry filling/ choc. filling an sbg nya.

6) Bakar dalam oven 180 C selama 10-12 min lagi atau bila pastrynampak kekuningan.

NOTE:   Biasanya filling cheese ni ada lebih.

Saturday, March 23, 2013

TRADITIONAL HAILAM BUTTER CAKE



Bukan setakat mee hailam saja yang ada tau....kek hailam pun ada..hehehe..:)



TRADITIONAL HAILAM BUTTER CAKE

Bahan A: 
300 gm. majerin @ butter

Bahan B: 
4 biji telur
200 gm. gula castor

 Bahan C: 
1 s.teh esen vanila

 Bahan D:
230 gm. tepung gandum
1 s.teh baking powder
1 s.besar susu tepung

 Cara Membuatnya:
1) Putar A hingga gebu.Ketepikan.
2) Pukul B hingga ringan & gebu...masukkan C pukul hingga sebati.
3) Masukkan A yg. telah dipukul tadi & adun hingga sebati.
4) Kemudian, masukkan D dan adun hingga sebati.
5) Tuangkan adunan ke dlm. acuan berukuran 9in. bulat yg. telah dilenserkan 7 dialas terlebih dulu.
6) Bakar pada suhu oven yg. telah dipanaskan dahulu pada suhu 175C selama 50 - 60 min. Setelah masak,   keluarkan kek serta-merta drp. acuan.

Friday, March 22, 2013

KEK BUAH KUKUS




KEK BUAH KUKUS

Bahan [ A ] :
150g air
100g butter
120g gula perang

Bahan [ B] :
500g mixed fruits

Bahan [ C ] :
3 biji telur

Bahan [ D ] :
200g tepung gandum
1 ½ sudu teh double-action baking powder
½ sudu teh sodium bikarbonat
½ sudu teh serbuk kulit kayu manis

Bahan [ E ]:
80g walnuts
80g badam biji

Cara Membuatnya :-

1. Resipi ini tidak perlu menggunakan mixer elektrik....hanya guna senduk kayu / hand whisk sahaja.

2. Masak bahan [A] di dalam periuk hingga mendidih. Masukkan bahan [B], kacau sebati. Angkat dari api dan biarkan campuran buah ini sejuk sepenuhnya di dalam sebuah mangkuk, iaitu sehingga mixed fruits nampak agak kembang sikit.

3. Setelah adunan mixed fruits sejuk, masukkan bahan [C], kacau hingga sebati.

4. Masukkan bahan [D] yang telah diayak bersama terlebih dulu,berselang-seli dengan bahan [E] , kacau lagi hingga sebati.

5. Kemudian tuang adunan ke dalam acuan kek bulat berukuran 8in. Diameter. Balut atas acuan dengan aluminum foil.

6. Peiuk kukus mesti dipanaskan terlebih dulu. Kemudian kukus adunan kek selama 1 ½ jam atau hingga kek cukup masak.

Thursday, March 21, 2013

KUIH SRIMUKA






PULUT SRIMUKA

Bahan Lapisan Bawah (A) :

1 1/2 - 2 cwn. beras pulut
1/2 cwn. santan
1/2 cwn. airsecubit garam

# Semua bahan (A) digaul bersama dan dikukus selama 30 min.

Bahan Lapisan Atas (B):

2 biji telur gred A
3/4 cwn. gula
1/2 cwn. santan pekat
1/4 cwn. air
5-6 sudu besar tepung jagung
2 -3 helai daun pandan
sedikit jintan manis
sedikit pewarna hijau

Cara Penyediaannya:-

1) Kukus bahan (A) hingga masak selama 30min. Kemudian, tekan pulut yang telah masak itu ke dalam loyang hingga padat. Ketepikan.

2) Hiris-hiriskan daun pandan, kemudian tumbuk lumat bersama sedikit jintan manis. Campurkan ke dalam 1/4 cwn. air dan tapiskan air perahan pandan.

3) Satukan air perahan pandan di dalam satu bekas bersama bahan-bahan (B) yang selebihnya dan pukul sebati.

4) Tapis adunan telur dan tuangkan ke atas pulut tadi.

5) Kukus hingga masak selama 30 - 40 min. lagi.Sejukkan sepenuhnya sebelum dihidang.

APAM BERAS


APAM BERAS

Bahan-bahannya:
2 cwn. tepung beras
2 cwn. tepung gandum
2 cwn. nasi
1 1/2 cwn. gula
2 1/2 cwn. air
3 sudu kecil yis
    kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam

Cara Membuatnya:
1) Kisar nasi bersama air hingga hancur.
2) Masukkan gula, kisar lagi hingga sebati.
3) Kemudian, tuangkan ke dalam adunan tepung beras + tepung gandum + yis. Kacau rata dan sebati.
4) Perap adunan lebih kurang 2 hingga 3 jam. Kukus selama lebih kurang 10 minit.

NOTA: Resipi ini menghasilkan lebih kurang 38 biji apam bersaiz cupcake acuan kertas saiz 8.

ASAM PEDAS MELAKA



ASAM PEDAS MELAKA

 
Bahan Kisar:
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
30 tangkai cili kering
2cm. halia
1 sudu besar jintan manis
1 sudu teh lada hitam
3cm. kunyit hidup ( atau 2 s.teh kunyit serbuk)

Bahan Tumis:
1 biji bawang besar --> dihiris
1/2 sudu teh biji sawi
1/2 sudu teh halba
4 tangkai daun kari ( ambil daun saja)
1 sudu besar pes asam jawa --> campur dgn. 1 cwn. air
3 cwn. air
2 biji tomato --> potong baji
2 btg. terung --> dibelah dua & dihiris
8-10 biji bendi
daun kesum secukupnya
1 batang serai --> dititik
2 tangkai bunga kantan --> masing2 dibelah dua
garam & gula secukup rasa
1 kg. ikan duri/tenggiri atau ikan lain yang disukai
minyak masak secukupnya utk. menumis

Cara Membuatnya:
1. Panaskan minyak. Tumis biji sawi & halba bersama bawang besar yang dihiris + daun kari + serai, hingga bawang layu dan naik bau.
2. Masukkan bahan kisar dan tumis hingga garing dan wangi.
3. Masukkan air asam jawa dan kacau sebentar hingga pecah minyak.
4. Kemudian, boleh lah dimasukkan ikan + bunga kantan + daun kesom + air. Kacau rata dan masukkan gula secukup rasa, terung + bendi . Tutup periuk dan biarkan renih pada api kecil hingga kuahnya pekat sikit. Kemudian, boleh lah dimasukkan tomato. Letakkan garam secukup rasa.
5. Biarkan renih sebentar , sebelum dimatikan api.

AYAM GOLEK PERCIK









AYAM GOLEK PERCIK

Perencahnya:
5 biji cili padi
5 biji cili merah
1/2 inci halia
     sehiris kunyit hidup
5 ulas bawang merah
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1/2 sudu teh jintan putih

* Semua bahan perencah di atas dimesin halus.

Bahan Ayam:
1 ekor ayam bersaiz besar
2 sudu minyak masak
2 sudu majerin
1 biji kelapa--diambil santannya
1 batang serai
1 keping asam gelugor
   garam secukup rasa
   kunyit serbuk secukupnya

Cara penyediaan ayam:-
1) Ayam dicuci dan dikeringkan.
2) Gaulkan dengan garam dan kunyit di merata bahagian luar dan dalam ayam.
3) Panggangkan ayam tadi pada suhu 190C sambil disapu dengan majerin hingga warna ayam menjadi kuning keemasan.
4) Setelah ayam masak, dikeluarkan dari oven dan disejukkan.
5) Simpan minyak yang keluar dari ayam tadi.

Cara membuat kuahnya:-
1) Perencah yang telah dimesin halus tadi ditumis dengan minyak hingga naik bau.
2) Tuangkan semangkuk santan pekat bersama asam gelugor.
3) Masaklah selama lebih kurang 7-10 minit,sambil dituangkan minyak ayam tadi ke dalamnya.
4) Masukkan santan selebihnya dan masak hingga kuah menjadi agak pekat.Tutup api.
5) Ayam tadi diletak ke dalam dulang yang dihias dengan daun salad dan tomato.
6) Kemudian, tuangkan kuah ke atas ayam itu dan boleh lah dihidangkan bersama nasi.

NOTA : Ayam juga boleh dibakar dalam bentuk potongan jika tidak mahu dibakar seekor.

Wednesday, March 20, 2013

KEBAB DAGING SERAI




Enak dimakan begitu saja...ataupun, boleh juga dihidangkan bersama nasi...


KEBAB DAGING SERAI

Bahan-bahan Kebab:-

500g daging cincang --> toskan airnya
2 biji kuning telur
2 sudu besar serbuk roti
1 sudu besar tepung gandum
6cm. halia --> dikisar halus
5 ulas bawang putih--> dikisar halus
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu besar sos tomato
serai secukupnya
kicap secukup rasa
lada hitam secukup rasa
garam secukup rasa
sedikit minyak zaitun

Bahan Sos :-

1 1/4 cawan yogurt
100g daun ketumbar
2 1/2 sudu besar mayonaise
garam secukup rasa
gula secukup rasa

Cara  Penyediaan :-

1. Campurkan semua bahan untuk kebab, kecuali serai. Perisakan secukup rasa dan gaul sebati.
2. Kemudian, ambil segenggam daging dan balut kemas pada serai. Ulangi proses ini hingga daging habis.
3. Setelah siap, aturkannya atas kuali pemanggang dan percikkan sedikit minyak.
4. Panggang lebih kurang 8-10 minit. Balik-balikkan hingga daging masak rata.
5. Untuk sos, kisar semua bahan hingga sebati. Perisakan secukup rasa.
6. Hidangkan kebab bersama sos yogurt ketumbar.

TALAM TOKYO






TALAM TOKYO

Bahan-bahan Lapisan Bawah :
1 cawan sagu biji
1 peket kecil suhun --> rendam hingga lembut ( saya tak letak...)
1/2 cawan kelapa parut --> ambil putih sahaja
1/2 cawan santan cair
      secubit garam

Bahan-bahan Lapisan Atas:
4 biji telur
1 cawan gula pasir
2 1/4 cawan santan
6 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung kastad
   sedikit pewarna pilihan ..di sini saya guna merah & kuning

Cara-cara membuatnya:
1) Sapukan loyang dengan sedikit minyak masak.Guna loyang bersaiz 8in.x 8in.
2) Untuk membuat lapisan bawah, rendam sagu biji dan toskan. Campur kesemua bahan dan kukus selama
     10 minit.
3) Apabila lapisan bawah sudah masak, tekan lapisan itu dengan sudu supaya mampat...sama kaedah
     dengan kuih srimuka.
4) Untuk lapisan atas pula, campurkan semua bahan dan kacau rata supaya tidak bergentel ; untuk lebih
     halus boleh juga dikisar dalam blender.
5) bahagikan adunan kepada dua bahagian ; satu bahagian diwarnakan kuning dan satu lagi diwarnakan
     merah.Letakkan ke dalam dua periuk yang berasingan dan dimasak sekejap bagi naik wap.
6) Kukus lapisan bewarna kuning dulu selama 10 minit, kukus dengan api sederhana.
7) Bila lapisan kedua sudah masak, masukkan lapisan yang bewarna merah. Sebelum itu lorekkan sikit lapisan kuning dengan garfu supaya lapisan merah senang melekat pada yang kuning.
8) Kukus hingga masak lebih kurang 10 minit. Jangan lupa alas penutup periuk kukus dengan kain bersih bagi mengelakkan air wap jatuh pada kuih.

NOTA : jika tidak mengguna suhun...lebihkan sedikit ukuran kelapa dan sagu.

ACAR DAGING




Acar daging? Mesti ada orang yang bertanya begitu kan...? Acar buah atau acar sayuran memang biasa lah kita dengar...Saya memperolehi resipi acar daging ini daripada ibu saya sendiri...Jika tak suka daging..boleh lah digantikan dengan ayam .Tapi, minta maaf lah sebab resipi orang dulu2 banyak main agak-agak...jadi, resipinya tak ada sukatan ya...agak-agak lah ya...:)

ACAR DAGING

Bahan-bahannya:-
* Daging lembu @ ayam
   --> jika guna daging..perlu direbus terlebih dulu, kemudian goreng sedikit.
          untuk ayam ; goreng separuh masak dulu...kemudian ketepikan.
*Bawang merah
*Bawang putih
   --> kedua-dua jenis bawang di atas dikupas tanpa perlu dihiris. Kemudia, goreng di dalam minyak
         sebentar,dan angkat ; jika saiz bawang agak besar boleh dipotong dua...jika tidak, biarkan seulas-
          seulas.
*Jintan manis
*Jintan putih
*Biji ketumbar
   --> ketiga-tiga rempah di atas digoreng tanpa minyak sebentar, kemudian angkat dan ditumbuk halus.

Bahan yang dimesin halus;
*cili kering
*sedikit halia
*bawang merah
*bawang putih

Bahan penumis;
*bunga lawang
*kulit kayu manis
*bunga cengkih
*buah pelaga
*kismis
*cuka, gula & garam secukup rasa
*minyak untuk menumis
*cili merah & hijau beberapa biji @ boleh juga guna cili padi
Note:  boleh tambah buah-buah kering yang lain jika suka.

Cara Membuatnya:-

1) Panaskan minyak, kemudian tumis bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis dan buah pelaga.
2) Setelah itu, tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk halus/dimesin ( cili kering+bawang merah+bawang putih+halia+jintan manis+jintan putih+biji ketumbar). Biar hingga terbit bau dan pecah minyak.
3)Kemudian,masukkan daging bersama ualas-ulas bawang, kismis & cili hidup bersama buah-buahan kering pilihan yang lain.
4) Masukkan cuka, gaaram dan gula secukup rasa.
5) Teruskan memasak hingga mendidih dan menjadi agak pekat ( seperti membuat acar buah).Seimbangkan rasa masam,masin dan manisnya.


AYAM MAISUR





Resipi "Ayam Maisur" ini  sesuai untuk mereka yang tidak gemarkan masakan pedas dan juga kanak-kanak. Masakan ini seimbang dengan zat-zat kaborhidrat, protein dan vitamin/fibre...juga sangat mudah disediakan.


AYAM MAISUR

Bahan-bahannya:-
1 ekor ayam bersaiz sederhana
3 putik jagung sayur atau boleh juga guna jagung biji/tin
1/2 tin kacang peas
3 biji ubi kentang
3 biji cili merah
1 biji lobak merah
2 biji tomato
   minyak & garam secukupnya
Bahan tumbuk :
5 ulas bawang merah
1 sudu besar lada putih biji
5 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
2 sudu kecil serbuk ketumbar

Cara Membuatnya:-

1. Ayam dibersihkan dan dipotong kecil.
2. Ubi kentang dan lobak merah dipotong dadu bersaiz sederhana.
3. Putik jagung dipotong serong.
4. Cili merah dibelah dua dan dipotong serong.
5. Tomato dibelah empat.
6. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk hingga naik bau.
7. Masukkan kentang,lobak merah, putik jagung dan masak sebentar.
8. Kemudian masukkan sedikit air dan renehkan sebentar. Setelah itu masukkan ayam dan gaul rata. Masak sebentar sambil dialih-alihkan ayam.
9. Masukkan sedikit air kacang peas bersama kacangnya.
10. Bila kuah agak pekat, masukkan tomato, cili dan garam secukup rasa. Masak hingga agak kering kuahnya.

Monday, March 18, 2013

NASI PILAF








NASI PILAF

Bahan-bahannya:-

450g. beras basmathi
1 sudu besar kacang peas
1 sudu besar kismis
1 cwn. minyak sapi
2 biji bawang besar--> dihiris
2 sudu kecil kunyit serbuk
2 sudu kecil air ros
   sedikit kulit kayu manis & bunga lawang
1 sudu kecil gula
   beberapa helai daun bay
1 cwn. susu cair
1 sudu besar air halia
   garam secukup rasa
   badam hiris --> digoreng ( optional)


Cara Penyediaannya :-

1. Cuci beras dan toskan selama 10 min.
2. Goreng kismis dan badam ( jika suka) dengan minyak sapi. Angkat.
3. Kemudian, tumiskan pula bawang besar hingga agak kuning, dan angkat.
4. Setelah itu, tumiskan pula kulit kayu manis, bunga lawang, beras dan gaulkan dengan sedikit gula, garam, air halia dan serbuk kunyit.
5. Kacau sampai kekuning-kuningan.
6. Masukkan daun bay, susu dan air kira-kira 1 inci di atas paras air.
7. Tutup periuk dan masak dengan api sederhana.
8. Hendaklah dikacau selalu supaya rata masaknya,dan bila 3/4 dari airnya telah kering...masukkan kacang peas dan air ros.
9. Kecilkan api dan masak hingga sepenuhnya.
10. Bila nasi sudah masak, gaulkan dengan buah badam, kismis dan bawang goreng tadi.