Selamat datang ke blog Intai-intai Dapur...tempat perkongsian resipi.Mencuba pelbagai jenis masakan memberi kepuasan pada diri saya dan saya percaya memasak makanan yang enak dengan ikhlas ,adalah salah satu cara kita meluahkan rasa kasih dan sayang...Melalui blog ini, saya berharap dapat berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang ada dan berkongsi resipi yang antaranya diperturunkan, juga yang diperolehi dari pelbagai sumber lain...Semoga ianya diberkati.Selamat mencuba!!

Monday, April 8, 2013

NASI IKAN



Bagi yang mempunyai masalah kolesterol yang tinggi di dalam darah...resipi nasi ikan ini sangat lah sesuai untuk dimakan. Lauk sampingannya hanya lah ikan yang perlu dikukus , dibakar atau dipanggang dengan resipi pilihan anda dan acar sayuran/salsa. Dari segi nutrisi...hidangan ini seimbang dengan kandungan karbohidrat, protein,vitamin dan serat...saya boleh katakan, ia adalah satu hidangan yang sihat.



RESIPI NASI IKAN

*Mula-mula mesti sediakan stok ikan dulu...macamana? Senang jer...kalau ada tulang-tulang ikan dari lebihan buat kuah laksa tu...ambil dan rebuskan dengan bawang yang digoreng dengan minyak zaitun hingga layu dan sedikit garing. Lepas tu masukkan air ( ikut byk. mana nak guna utk. masak nasi...) & tulang ikan tu. Rebus sampai mendidih tidak melebihi 20min. lamanya...kalau tak ada tulang ikan...boleh jer guna ikan terus. :)

Bahan-bahan utk. nasi :-
2 cwn beras basmathi --> dicuci bersih & ditoskan airnya
1 biji bawang besar --> dicincang halus
3-4 sudu besar minyak zaitun
1 sudu kecil serbuk paprika
1 sudu kecil serbuk lada sulah
sedikit kismis
garam secukup rasa

Cara penyediaan nasi:-
* Panaskan minyak zaitun di dalam periuk dan tumiskan bawang besar hingga wangi dan agak layu...Kemudian, masukkan beras basmathi dan dikacau sebentar di atas api. Setelah itu...tuangkan stok ikan ke dalamnya mengikut sukatan air yang perlu digunakan utk. masak nasi (jika stok ikan kurang...boleh tambah air biasa kepadanya).
*Masukkan serbuk paprika + lada sulah + garam + kismis, dan gaul rata...kemudian, tutup periuk dan masak lah seperti nasi biasa. Tetapi,perlu lah di kacau sekali-sekala nasinya supaya masak sekata.Setelah nasi masak, taburkan bahan tumisan kismis + hirisan badam ke atasnya. Boleh lah dihidangkan.

Cara membuat bahan tabur : panaskan sedikit minyak zaitun dan gorengkan hirisan badam dan kismis secukupnya. Goreng sekejap saja...agak ok, tuangkan ke dalam periuk nasi yang telah masak tadi.


Cara Penyediaan Salsa:
Ada pelbagai resipi salsa yang anda boleh google. Di sini saya membuat salsa ikut apa yang ada di dapur saya saja.. Tomato dibuang bahagian tengahnya dan dipotong dadu + bawang besar dipotong dadu + sedikit bawang putih diparut + daun parsley dihiris + sedikit hirisan daun pudina + cili padi dihiris halus + perahan jus lemon + serbuk lada hitam kasar + garam dan gula secukup rasa. Hanya gaulkan semua bahan-bahan tersebut di dalam sebuah mangkuk dan seimbangkan rasa masam, masin dan manisnya mengikut selera anda.

No comments:

Post a Comment