Selamat datang ke blog Intai-intai Dapur...tempat perkongsian resipi.Mencuba pelbagai jenis masakan memberi kepuasan pada diri saya dan saya percaya memasak makanan yang enak dengan ikhlas ,adalah salah satu cara kita meluahkan rasa kasih dan sayang...Melalui blog ini, saya berharap dapat berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang ada dan berkongsi resipi yang antaranya diperturunkan, juga yang diperolehi dari pelbagai sumber lain...Semoga ianya diberkati.Selamat mencuba!!

Wednesday, March 20, 2013

AYAM MAISUR





Resipi "Ayam Maisur" ini  sesuai untuk mereka yang tidak gemarkan masakan pedas dan juga kanak-kanak. Masakan ini seimbang dengan zat-zat kaborhidrat, protein dan vitamin/fibre...juga sangat mudah disediakan.


AYAM MAISUR

Bahan-bahannya:-
1 ekor ayam bersaiz sederhana
3 putik jagung sayur atau boleh juga guna jagung biji/tin
1/2 tin kacang peas
3 biji ubi kentang
3 biji cili merah
1 biji lobak merah
2 biji tomato
   minyak & garam secukupnya
Bahan tumbuk :
5 ulas bawang merah
1 sudu besar lada putih biji
5 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
2 sudu kecil serbuk ketumbar

Cara Membuatnya:-

1. Ayam dibersihkan dan dipotong kecil.
2. Ubi kentang dan lobak merah dipotong dadu bersaiz sederhana.
3. Putik jagung dipotong serong.
4. Cili merah dibelah dua dan dipotong serong.
5. Tomato dibelah empat.
6. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk hingga naik bau.
7. Masukkan kentang,lobak merah, putik jagung dan masak sebentar.
8. Kemudian masukkan sedikit air dan renehkan sebentar. Setelah itu masukkan ayam dan gaul rata. Masak sebentar sambil dialih-alihkan ayam.
9. Masukkan sedikit air kacang peas bersama kacangnya.
10. Bila kuah agak pekat, masukkan tomato, cili dan garam secukup rasa. Masak hingga agak kering kuahnya.

No comments:

Post a Comment