Selamat datang ke blog Intai-intai Dapur...tempat perkongsian resipi.Mencuba pelbagai jenis masakan memberi kepuasan pada diri saya dan saya percaya memasak makanan yang enak dengan ikhlas ,adalah salah satu cara kita meluahkan rasa kasih dan sayang...Melalui blog ini, saya berharap dapat berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang ada dan berkongsi resipi yang antaranya diperturunkan, juga yang diperolehi dari pelbagai sumber lain...Semoga ianya diberkati.Selamat mencuba!!

Tuesday, April 23, 2013

KUIH KETAYAP




Zaman kanak-kanak dulu , saya panggil kuih ketayap ni.."kuih gulung" :) Masa dulu , setiap kali mak buat kuih ketayap ni...suka sangat tengok cara mak melenggang kuali untuk mendadarkan kuih ketayap ni..duduk tepi mak.Bila setiap kali mak selesai menggulung kuih ketayap tu...terus ambil dan makan !! Tak sempat mak nak hidang...

RESIPI KUIH KETAYAP

Bahan-bahannya :

1 cwn. tepung gandum
1 biji telur
1/2 cwn. santan
1 cwn. air
1 sudu kecil garam
2 sudu besar minyak
1 sudu besar pes pandan atau boleh pelbagaikan rasa dan warna ketayap anda..

Inti ketayap :
1/2 biji kelapa parut
3/4 cwn. gula merah @ 1/4 cwn gula merah + 1/4 cwn. gula melaka ( cincang)
sedikit air
1 helai daun pandan
1 sudu besar tepung jagung

**Masak semua bahan-bahan untuk inti di dalam sebuah periuk dengan api sederhana...kacau sampai inti menjadi kental. Sejukkan sepenuhnya.


Cara Membuatnya :
1) satukan semua bahan-bahan untuk ketayap dan kacau sebati dengan menggunakan hand whisk atau boleh juga dikisar kesemua bahan di dalam blender hingga halus. Kemudian, tapiskan adunan.

2) Panaskan kuali @ non-stick pan di atas api yang perlahan,dan sapukan sedikit minyak ke atasnya. Setelah itu ambil satu senduk adunan ketayap dan tuang ke atas kuali. Lenggangkan kuali untuk menjadikan sekeping dadar yang nipis. Biarkan cukup masak sehingga nampak gelembung-gelembung pada permukaan dadar...angkat dan letakkan ke atas sebiji pinggan leper.

3) Ambil inti kelapa secukupnya dan letakkan di bahagian tengah ketayap dan gulung dengan kemas. Sedia untuk dimakan.

No comments:

Post a Comment