Selamat datang ke blog Intai-intai Dapur...tempat perkongsian resipi.Mencuba pelbagai jenis masakan memberi kepuasan pada diri saya dan saya percaya memasak makanan yang enak dengan ikhlas ,adalah salah satu cara kita meluahkan rasa kasih dan sayang...Melalui blog ini, saya berharap dapat berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang ada dan berkongsi resipi yang antaranya diperturunkan, juga yang diperolehi dari pelbagai sumber lain...Semoga ianya diberkati.Selamat mencuba!!

Wednesday, March 20, 2013

TALAM TOKYO






TALAM TOKYO

Bahan-bahan Lapisan Bawah :
1 cawan sagu biji
1 peket kecil suhun --> rendam hingga lembut ( saya tak letak...)
1/2 cawan kelapa parut --> ambil putih sahaja
1/2 cawan santan cair
      secubit garam

Bahan-bahan Lapisan Atas:
4 biji telur
1 cawan gula pasir
2 1/4 cawan santan
6 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung kastad
   sedikit pewarna pilihan ..di sini saya guna merah & kuning

Cara-cara membuatnya:
1) Sapukan loyang dengan sedikit minyak masak.Guna loyang bersaiz 8in.x 8in.
2) Untuk membuat lapisan bawah, rendam sagu biji dan toskan. Campur kesemua bahan dan kukus selama
     10 minit.
3) Apabila lapisan bawah sudah masak, tekan lapisan itu dengan sudu supaya mampat...sama kaedah
     dengan kuih srimuka.
4) Untuk lapisan atas pula, campurkan semua bahan dan kacau rata supaya tidak bergentel ; untuk lebih
     halus boleh juga dikisar dalam blender.
5) bahagikan adunan kepada dua bahagian ; satu bahagian diwarnakan kuning dan satu lagi diwarnakan
     merah.Letakkan ke dalam dua periuk yang berasingan dan dimasak sekejap bagi naik wap.
6) Kukus lapisan bewarna kuning dulu selama 10 minit, kukus dengan api sederhana.
7) Bila lapisan kedua sudah masak, masukkan lapisan yang bewarna merah. Sebelum itu lorekkan sikit lapisan kuning dengan garfu supaya lapisan merah senang melekat pada yang kuning.
8) Kukus hingga masak lebih kurang 10 minit. Jangan lupa alas penutup periuk kukus dengan kain bersih bagi mengelakkan air wap jatuh pada kuih.

NOTA : jika tidak mengguna suhun...lebihkan sedikit ukuran kelapa dan sagu.

No comments:

Post a Comment