Selamat datang ke blog Intai-intai Dapur...tempat perkongsian resipi.Mencuba pelbagai jenis masakan memberi kepuasan pada diri saya dan saya percaya memasak makanan yang enak dengan ikhlas ,adalah salah satu cara kita meluahkan rasa kasih dan sayang...Melalui blog ini, saya berharap dapat berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang ada dan berkongsi resipi yang antaranya diperturunkan, juga yang diperolehi dari pelbagai sumber lain...Semoga ianya diberkati.Selamat mencuba!!

Thursday, March 21, 2013

AYAM GOLEK PERCIK









AYAM GOLEK PERCIK

Perencahnya:
5 biji cili padi
5 biji cili merah
1/2 inci halia
     sehiris kunyit hidup
5 ulas bawang merah
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1/2 sudu teh jintan putih

* Semua bahan perencah di atas dimesin halus.

Bahan Ayam:
1 ekor ayam bersaiz besar
2 sudu minyak masak
2 sudu majerin
1 biji kelapa--diambil santannya
1 batang serai
1 keping asam gelugor
   garam secukup rasa
   kunyit serbuk secukupnya

Cara penyediaan ayam:-
1) Ayam dicuci dan dikeringkan.
2) Gaulkan dengan garam dan kunyit di merata bahagian luar dan dalam ayam.
3) Panggangkan ayam tadi pada suhu 190C sambil disapu dengan majerin hingga warna ayam menjadi kuning keemasan.
4) Setelah ayam masak, dikeluarkan dari oven dan disejukkan.
5) Simpan minyak yang keluar dari ayam tadi.

Cara membuat kuahnya:-
1) Perencah yang telah dimesin halus tadi ditumis dengan minyak hingga naik bau.
2) Tuangkan semangkuk santan pekat bersama asam gelugor.
3) Masaklah selama lebih kurang 7-10 minit,sambil dituangkan minyak ayam tadi ke dalamnya.
4) Masukkan santan selebihnya dan masak hingga kuah menjadi agak pekat.Tutup api.
5) Ayam tadi diletak ke dalam dulang yang dihias dengan daun salad dan tomato.
6) Kemudian, tuangkan kuah ke atas ayam itu dan boleh lah dihidangkan bersama nasi.

NOTA : Ayam juga boleh dibakar dalam bentuk potongan jika tidak mahu dibakar seekor.

No comments:

Post a Comment