Selamat datang ke blog Intai-intai Dapur...tempat perkongsian resipi.Mencuba pelbagai jenis masakan memberi kepuasan pada diri saya dan saya percaya memasak makanan yang enak dengan ikhlas ,adalah salah satu cara kita meluahkan rasa kasih dan sayang...Melalui blog ini, saya berharap dapat berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang ada dan berkongsi resipi yang antaranya diperturunkan, juga yang diperolehi dari pelbagai sumber lain...Semoga ianya diberkati.Selamat mencuba!!

Wednesday, March 27, 2013

DONUT KENTANG




Saya amat teruja dengan resipi donut kentang dari majalah SAJI ini...tidak sia-sia saya  mencuba kerana
hasilnya amat memuaskan hati dan anak-anak pun nampaknya suka dengan donut ini..:) Cara menghias/salut donut tu...ikut lah citarasa masing-masing ya...di sini saya oleskan donut kentang ke dalam gula halus yang dicampur dengan sedikit serbuk kayu manis dan diletakkan sedikit jem strawberi di atasnya...yummy!


DONUT KENTANG MINI

Bahan A:
150g tepung gandum
40g kentang lecek --> rebus..buang kulit & dilecek
1 sudu besar susu tepung
1/2 biji telur --> dipukul sedikit dgn. garfu
40ml. air suam
1 sudu besar butter / majerin
1 sudu besar gula
1 sudu kecil yis segera

Bahan B :
sedikit gula halus ( utk. salut donut )
minyak masak utk. menggoreng secukupnya

Cara Membuatnya:-
1) Satukan semua bahan A kecuali air suam di dalam sebuah
mangkuk.Gaul hingga menjadi crumble.
2) Kemudian, tuangkan air suam sedikit-sedikit sambil diuli hingga
adunan menjadi lembut ( air tidak semestinya diguna habis....
guna hingga mendapat kelembutan doh yang sesuai ).
Bentukkan adunan menjadi bulat dan rehatkan doh lebih kurang
30-40 min. hingga doh naik sikit.
3) Kemudian, uli dan canai doh, terap dengan menggunakan acuan
bulat diameter 1.5in. ( 4cm.).
4) Panaskan minyak...dan goreng hingga keperangan.Angkat dan
toskan minyaknya.
5) kemudian golekkan ke dalam gula halus. Sedia dimakan.

No comments:

Post a Comment