Selamat datang ke blog Intai-intai Dapur...tempat perkongsian resipi.Mencuba pelbagai jenis masakan memberi kepuasan pada diri saya dan saya percaya memasak makanan yang enak dengan ikhlas ,adalah salah satu cara kita meluahkan rasa kasih dan sayang...Melalui blog ini, saya berharap dapat berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang ada dan berkongsi resipi yang antaranya diperturunkan, juga yang diperolehi dari pelbagai sumber lain...Semoga ianya diberkati.Selamat mencuba!!

Thursday, March 21, 2013

KUIH SRIMUKA






PULUT SRIMUKA

Bahan Lapisan Bawah (A) :

1 1/2 - 2 cwn. beras pulut
1/2 cwn. santan
1/2 cwn. airsecubit garam

# Semua bahan (A) digaul bersama dan dikukus selama 30 min.

Bahan Lapisan Atas (B):

2 biji telur gred A
3/4 cwn. gula
1/2 cwn. santan pekat
1/4 cwn. air
5-6 sudu besar tepung jagung
2 -3 helai daun pandan
sedikit jintan manis
sedikit pewarna hijau

Cara Penyediaannya:-

1) Kukus bahan (A) hingga masak selama 30min. Kemudian, tekan pulut yang telah masak itu ke dalam loyang hingga padat. Ketepikan.

2) Hiris-hiriskan daun pandan, kemudian tumbuk lumat bersama sedikit jintan manis. Campurkan ke dalam 1/4 cwn. air dan tapiskan air perahan pandan.

3) Satukan air perahan pandan di dalam satu bekas bersama bahan-bahan (B) yang selebihnya dan pukul sebati.

4) Tapis adunan telur dan tuangkan ke atas pulut tadi.

5) Kukus hingga masak selama 30 - 40 min. lagi.Sejukkan sepenuhnya sebelum dihidang.

2 comments:

  1. Salam Zana. Congrats on your new blog. Senanglah kak meeda nak cuba resepi awak lani. Jemputlah ke blog baru kak meeda di http://myhomeisourheaven.blogspot.com
    Sama2 buat blog baru ye :)

    ReplyDelete
  2. W'salam kak Meeda..thanx!! Tahniah utk. u jugak...tak sangka pulak kita sama-sama buat blog baru noo...hehehe..:) Sila lah cuba resipi mana yang suka di sini...masih banyak yang perlu di post kat sini...masih dlm. proses compilation resipi2 yang nak dikongsi lagi...kena sabar sikit..:)

    ReplyDelete