Selamat datang ke blog Intai-intai Dapur...tempat perkongsian resipi.Mencuba pelbagai jenis masakan memberi kepuasan pada diri saya dan saya percaya memasak makanan yang enak dengan ikhlas ,adalah salah satu cara kita meluahkan rasa kasih dan sayang...Melalui blog ini, saya berharap dapat berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang ada dan berkongsi resipi yang antaranya diperturunkan, juga yang diperolehi dari pelbagai sumber lain...Semoga ianya diberkati.Selamat mencuba!!
Sunday, April 7, 2013
ROTI JALA DWI-WARNA
Menceriakan masa minum petang atau sarapan pagi anda...apa kata kali ini anda cuba buat sendiri roti jala dwi-warna ini mengikut kreativiti anda...:) Untuk membuat roti jala dwi-warna, anda memerlukan 2 botol yang bermuncung tiga pada penutupnya [ seperti yang diguna oleh peniaga burger tu...]. Bahagikan adunan roti jala kepada dua warna dan diisikan ke dalam botol tersebut. Setelah itu anda boleh terus menjala di atas kuali dengan jalaan bersegi ataupun membulat...ikut lah hati anda....:) SELAMAT MENCUBA!
RESIPI ROTI JALA
Bahan-bahannya:
1 cwn.tepung gandum
1/2 cwn.santan @ susu segar
1/2 cwn. air
1 biji telur
1/4 sudu kecil garam @ secukup rasa
1 sudu besar minyak sayuran
sedikit warna...ikut pilihan masing-masing
Cara Membuatnya:
1) Campurkan semua bahan-bahan di atas ke dalam sebuah mangkuk dengan mengguna hand-mixer sahaja...sampai sebati.Tapis adunan dan warnakan. Kalau nak buat dwi-warna , bahagikan adunan kepada dua bahagian dan warnakan.
2) Panaskan kuali leper dan lenserkan dengan sedikit minyak...boleh lah mula menjala mengikut kreativiti masing-masing.
3) Angkat dan lipatkan atau gulung roti jala. Sedia untuk dihidang.
NOTA: Resipi ini dapat menghasilkan lebih kurang 7-8 keping roti jala ( ikut besar mana yang dijala atas kuali tadi). Gandakan resipi jika ingin kuantiti yang banyak.
Labels:
Kuih-muih
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment