Selamat datang ke blog Intai-intai Dapur...tempat perkongsian resipi.Mencuba pelbagai jenis masakan memberi kepuasan pada diri saya dan saya percaya memasak makanan yang enak dengan ikhlas ,adalah salah satu cara kita meluahkan rasa kasih dan sayang...Melalui blog ini, saya berharap dapat berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang ada dan berkongsi resipi yang antaranya diperturunkan, juga yang diperolehi dari pelbagai sumber lain...Semoga ianya diberkati.Selamat mencuba!!
Tuesday, April 23, 2013
KEK CAWAN CERI KLASIK
Minum petang kali ini saya buat cupcakes ceri klasik. Resipi asalnya adalah sebiji kek bersaiz 8 inci...tapi, saya buatkan dalam bentuk cupcakes. Jadi tak payah susah-susah nak dipotong ketika hendak makan....itupun, cuma buat separuh adunan saja sebab yang nak makan hanya suami dan anak-anak saja..:) Sedikit olahan resipi telah saya lakukan semasa proses membuat cupcakes ni disebabkan ceri yang ada di dapur tak cukup...hanya ada 80g. sahaja...sedangkan timbangan ceri untuk 1/2 adunan memerlukan sebanyak 125g.Selongkar punya selongkar peti sejuk...hanya ada buah prune sahaja. Maka 45g. lagi, saya gantikan dengan buah prune yang dipotong kecil. Resipinya mudah saja dan kurang manis.
KEK CERI KLASIK
Bahan-bahannya :
125g ceri --> dibasuh utk. buangkan gulanya & dilap kering, kemudian dipotong 4 semuanya
85g. serbuk badam
200g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
200g. butter
200g. gula castor
3 biji telur gred A
1 biji lemon --> ambil parutan kulit & jusnya
6 ketul gula kiub --> diramasa utk. ditabur ke atas kek [ saya cuma guna gula perang saja...]
Cara Membuatnya:
1) Panaskan oven terlebih dulu kepada suhu 180C dan lenserkan serta alaskan dengan kertas kalis minyak acuan bulat bersaiz 8 inci.
2)Ambil satu sudu besar tepung gandum, gaulkan bersama ceri dan sebuk badam. Sementara itu ayak lebihan tepung gandum tadi bersama baking powder.
3) Pukul butter bersama gula hingga gebu.Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji ke dalamnya sambil dipukul hingga sebati.
4) Masukkan tepung yang telah diayak, ceri, parutan lemon dan jus lemon ke dalam adunan butter. Gaul hingga semuanya sebati.
5)Tuangkan adunan kek ke dalam acuan kek dan taburkan gula kiub yang telah dihancurkan ke atasnya. Bakar selama 1 hingga 1 1/4 jam atau hingga kek masak warna perang keemasan.Sejukkan di dalam acuan selama 15min. sebelum dikeluarkan daripada acuan dan disejukkan sepenuhnya di atas redai.Sedia untuk dimakan.
Labels:
Resipi Kek
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment