Selamat datang ke blog Intai-intai Dapur...tempat perkongsian resipi.Mencuba pelbagai jenis masakan memberi kepuasan pada diri saya dan saya percaya memasak makanan yang enak dengan ikhlas ,adalah salah satu cara kita meluahkan rasa kasih dan sayang...Melalui blog ini, saya berharap dapat berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang ada dan berkongsi resipi yang antaranya diperturunkan, juga yang diperolehi dari pelbagai sumber lain...Semoga ianya diberkati.Selamat mencuba!!
Friday, April 26, 2013
DOH ASAS ROTI
Daripada resipi doh asas roti ini...kita boleh membuat pelbagai resipi roti yang lain seperti roti sardin, roti pandan, roti ikan bilis, roti kacang merah ,dan yang lain-lain. Doh roti boleh disediakan samada secara manual ( menguli guna tangan ), mixer dan bread maker. Apa yang penting...doh mesti diuli secukupnya hingga mendapat tekstur yang licin.
DOH ASAS ROTI
Bahan A :
330g. tepung roti @ tepung gandum
1/2 s. teh garam
1 1/2 s.besar susu tepung
60g. gula castor
Bahan B:
1 biji telur -> gred A
Bahan C: dicampur bersama
120ml. air
11g yis segera
Bahan D;
40g. butter
Cara Membuatnya:
1. satukan semua bahan A ke dalam mangkuk pengadun dan kacau sekata.
2. Masukkan bahan B dan mula menguli sambil dituang bahan C sedikit demi sedikit hingga membentuk doh, lebih kurang 5 minit.
3. Masukkan bahan D dan uli doh lagi 5 minit hingga menjadi doh yang licin. Periksa samada doh telah sedia atau belum, dengan mengambil sedikit doh dan menariknya menjadi nipis...jika doh tidak mudah terkoyak, maknanya doh telah sedia untuk digunakan. Jika belu...uli lagi hingga mendapat doh roti yang benar-benar elok.
4. Keluarkan doh dari mixer dan letakkan ke dalam sebiji mangkuk , perapkan selama 30-40 minit, hingga saiz doh naik dua kali ganda.
5.Kemudian, boleh lah dibahagi dan dibentuk doh mengikut resipi yang diingini...dan perap lagi doh yang telah dibentuk itu selama lebih kurang 30 minit lagi, hingga doh naik.
6. Setelah itu boleh lah dibakar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Assalamualaikum Zana,
ReplyDeleteseronokkan kalau dapat kuasai asas pembuatan roti... selebihnya ikut kreativiti, memang boleh buka bisnes!
Wa'alaikumussalam... Amie (http://salamisimon1.blogspot.com/)
DeleteTerima kasih kerana sudi singgah ke blog Intai-intai Dapur saya yang masih baru ini. Memang betul tu Amie...bila dapat buat doh asa roti ni, insyaa Allah utk. ynag minat boleh buat bisnes pelbagai jenis roti daripadanya...:)
salam..nak tanya tak pakai tepung roti pun boleh ye..nak buat tapi tepung roti tak de kat rumah..tgk resepi semua pakai tepung roti...tp resepi ni..ada @..hehe...
ReplyDeletehttp://pdajawe.blogspot.com/
Wsalam...Norafidah Ali.
ReplyDeleteMinta maaf ya...agak lama juga akak tak menjenguk blog Intai-Intai Dapur ni...dan terlepas pandang komen dari http://pdajawe.blogspot.com ni.
Sebenarnya tak ada masalah kalau nak buat roti dengan menggunakan tepung gandum biasa...boleh aje! Tak ada masalah...