Selamat datang ke blog Intai-intai Dapur...tempat perkongsian resipi.Mencuba pelbagai jenis masakan memberi kepuasan pada diri saya dan saya percaya memasak makanan yang enak dengan ikhlas ,adalah salah satu cara kita meluahkan rasa kasih dan sayang...Melalui blog ini, saya berharap dapat berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang ada dan berkongsi resipi yang antaranya diperturunkan, juga yang diperolehi dari pelbagai sumber lain...Semoga ianya diberkati.Selamat mencuba!!

Tuesday, April 23, 2013

KEK PISANG



Kek pisang ini amat mudah disediakan...tidak perlu ada mesin yang canggih. Apa yang diperlukan hanyalah bahan-bahan kek, mangkuk pengadun , senduk kayu/hand whisk dan oven.

RESIPI KEK PISANG

3-4 biji pisang -> dilecek
1/3 cwn. mentega -> dicairkan
3/4 cwn gula halus
1 biji telur -> dipukul sedikit
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil baking soda
secubit garam
1 1/2 cwn. tepung serbaguna -> diayak

Caranya :-

1. Panaskan oven kepada suhu 175C.

2. Lenserkan acuan loaf bersaiz 4in.x8in. atau apa-apa acuan yang sesuai.

3. Dengan menggunakan hand whisk/senduk kayu...satukan pisang yang telah dilecek dan mentega ke dalam sebuah mangkuk, dan kacau sebati.

4. Kemudian, masukkan gula + telur + esen vanila ke dalam adunan; sebatikan.

5. Setelah itu, taburkan baking soda + garam ke atas adunan dan kacau rata.

6. Akhir sekali, masukkan tepung dan kacau sebati.

7. Tuangkan adunan ke dalam acuan yang telah dilenserkan tadi dan bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dulu selama 1 jam.

8. Setelah kek masak, keluarkan dari oven dan sejukkan di atas redai.

No comments:

Post a Comment