Selamat datang ke blog Intai-intai Dapur...tempat perkongsian resipi.Mencuba pelbagai jenis masakan memberi kepuasan pada diri saya dan saya percaya memasak makanan yang enak dengan ikhlas ,adalah salah satu cara kita meluahkan rasa kasih dan sayang...Melalui blog ini, saya berharap dapat berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang ada dan berkongsi resipi yang antaranya diperturunkan, juga yang diperolehi dari pelbagai sumber lain...Semoga ianya diberkati.Selamat mencuba!!

Friday, April 26, 2013

DOH ASAS ROTI



Daripada resipi doh asas roti ini...kita boleh membuat pelbagai resipi roti yang lain seperti roti sardin, roti pandan, roti ikan bilis, roti kacang merah ,dan yang lain-lain. Doh roti boleh disediakan samada secara manual ( menguli guna tangan ), mixer dan bread maker. Apa yang penting...doh mesti  diuli secukupnya hingga mendapat tekstur yang licin.





DOH ASAS ROTI

Bahan A :
330g. tepung roti @ tepung gandum
1/2 s. teh garam
1 1/2 s.besar susu tepung
60g.  gula castor

Bahan B:
1 biji telur -> gred A

Bahan C: dicampur bersama
120ml. air
11g yis segera

Bahan D;
40g. butter

Cara Membuatnya:
1. satukan semua bahan A ke dalam mangkuk pengadun dan kacau sekata.

2. Masukkan bahan B dan mula menguli sambil dituang bahan C sedikit demi sedikit hingga membentuk doh, lebih kurang 5 minit.

3. Masukkan bahan D dan uli doh lagi 5 minit  hingga menjadi doh yang licin. Periksa samada doh telah sedia atau belum, dengan mengambil sedikit doh dan menariknya menjadi nipis...jika doh tidak mudah terkoyak, maknanya doh telah sedia untuk digunakan. Jika belu...uli lagi hingga mendapat doh roti yang benar-benar elok.

4. Keluarkan doh dari mixer dan letakkan ke dalam sebiji mangkuk , perapkan selama 30-40 minit, hingga saiz doh naik dua kali ganda.

5.Kemudian, boleh lah dibahagi dan dibentuk doh mengikut resipi yang diingini...dan perap lagi doh yang telah dibentuk itu selama lebih kurang 30 minit lagi, hingga doh naik.

6. Setelah itu boleh lah dibakar.

Tuesday, April 23, 2013

KEK PISANG



Kek pisang ini amat mudah disediakan...tidak perlu ada mesin yang canggih. Apa yang diperlukan hanyalah bahan-bahan kek, mangkuk pengadun , senduk kayu/hand whisk dan oven.

RESIPI KEK PISANG

3-4 biji pisang -> dilecek
1/3 cwn. mentega -> dicairkan
3/4 cwn gula halus
1 biji telur -> dipukul sedikit
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil baking soda
secubit garam
1 1/2 cwn. tepung serbaguna -> diayak

Caranya :-

1. Panaskan oven kepada suhu 175C.

2. Lenserkan acuan loaf bersaiz 4in.x8in. atau apa-apa acuan yang sesuai.

3. Dengan menggunakan hand whisk/senduk kayu...satukan pisang yang telah dilecek dan mentega ke dalam sebuah mangkuk, dan kacau sebati.

4. Kemudian, masukkan gula + telur + esen vanila ke dalam adunan; sebatikan.

5. Setelah itu, taburkan baking soda + garam ke atas adunan dan kacau rata.

6. Akhir sekali, masukkan tepung dan kacau sebati.

7. Tuangkan adunan ke dalam acuan yang telah dilenserkan tadi dan bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dulu selama 1 jam.

8. Setelah kek masak, keluarkan dari oven dan sejukkan di atas redai.

KUIH KETAYAP




Zaman kanak-kanak dulu , saya panggil kuih ketayap ni.."kuih gulung" :) Masa dulu , setiap kali mak buat kuih ketayap ni...suka sangat tengok cara mak melenggang kuali untuk mendadarkan kuih ketayap ni..duduk tepi mak.Bila setiap kali mak selesai menggulung kuih ketayap tu...terus ambil dan makan !! Tak sempat mak nak hidang...

RESIPI KUIH KETAYAP

Bahan-bahannya :

1 cwn. tepung gandum
1 biji telur
1/2 cwn. santan
1 cwn. air
1 sudu kecil garam
2 sudu besar minyak
1 sudu besar pes pandan atau boleh pelbagaikan rasa dan warna ketayap anda..

Inti ketayap :
1/2 biji kelapa parut
3/4 cwn. gula merah @ 1/4 cwn gula merah + 1/4 cwn. gula melaka ( cincang)
sedikit air
1 helai daun pandan
1 sudu besar tepung jagung

**Masak semua bahan-bahan untuk inti di dalam sebuah periuk dengan api sederhana...kacau sampai inti menjadi kental. Sejukkan sepenuhnya.


Cara Membuatnya :
1) satukan semua bahan-bahan untuk ketayap dan kacau sebati dengan menggunakan hand whisk atau boleh juga dikisar kesemua bahan di dalam blender hingga halus. Kemudian, tapiskan adunan.

2) Panaskan kuali @ non-stick pan di atas api yang perlahan,dan sapukan sedikit minyak ke atasnya. Setelah itu ambil satu senduk adunan ketayap dan tuang ke atas kuali. Lenggangkan kuali untuk menjadikan sekeping dadar yang nipis. Biarkan cukup masak sehingga nampak gelembung-gelembung pada permukaan dadar...angkat dan letakkan ke atas sebiji pinggan leper.

3) Ambil inti kelapa secukupnya dan letakkan di bahagian tengah ketayap dan gulung dengan kemas. Sedia untuk dimakan.

KEK CAWAN CERI KLASIK





Minum petang kali ini saya buat cupcakes ceri klasik. Resipi asalnya adalah sebiji kek bersaiz 8 inci...tapi, saya buatkan dalam bentuk cupcakes. Jadi tak payah susah-susah nak dipotong ketika hendak makan....itupun, cuma buat separuh adunan saja sebab yang nak makan hanya suami dan anak-anak saja..:) Sedikit olahan resipi telah saya lakukan semasa proses membuat cupcakes ni disebabkan ceri yang ada di dapur tak cukup...hanya ada 80g. sahaja...sedangkan timbangan ceri untuk 1/2 adunan memerlukan sebanyak 125g.Selongkar punya selongkar peti sejuk...hanya ada buah prune sahaja. Maka 45g. lagi, saya gantikan dengan buah prune yang dipotong kecil. Resipinya mudah saja dan kurang manis.

KEK CERI KLASIK

Bahan-bahannya :

125g ceri --> dibasuh utk. buangkan gulanya & dilap kering, kemudian dipotong 4 semuanya
85g. serbuk badam
200g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
200g. butter
200g. gula castor
3 biji telur gred A
1 biji lemon --> ambil parutan kulit & jusnya
6 ketul gula kiub --> diramasa utk. ditabur ke atas kek [ saya cuma guna gula perang saja...]

Cara Membuatnya:
1) Panaskan oven terlebih dulu kepada suhu 180C dan lenserkan serta alaskan dengan kertas kalis minyak acuan bulat bersaiz 8 inci.

2)Ambil satu sudu besar tepung gandum, gaulkan bersama ceri dan sebuk badam. Sementara itu ayak lebihan tepung gandum tadi bersama baking powder.

3) Pukul butter bersama gula hingga gebu.Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji ke dalamnya sambil dipukul hingga sebati.

4) Masukkan tepung yang telah diayak, ceri, parutan lemon dan jus lemon ke dalam adunan butter. Gaul hingga semuanya sebati.

5)Tuangkan adunan kek ke dalam acuan kek dan taburkan gula kiub yang telah dihancurkan ke atasnya. Bakar selama 1 hingga 1 1/4 jam atau hingga kek masak warna perang keemasan.Sejukkan di dalam acuan selama 15min. sebelum dikeluarkan daripada acuan dan disejukkan sepenuhnya di atas redai.Sedia untuk dimakan.

LANGKAH DEMI LANGKAH MEMBUAT SARMA/DOLMA


1.Cuci daun-daun anggur dengan bersih dan rendam seketika untuk membuang kotoran.Buangkan tangkainya.



2. Celur seketika daun anggur bagi tujuan melembutkan daun supaya senang proses membalut nanti.




3.Sediakan bahan-bahan untuk membuat inti sarma.



4. Ambil daun anggur dan letakkan ke atas sebiji pinggan leper dengan bahagian daun yang berkilat di  menghadap ke bawah dan bahagian tangkai menghala ke arah anda.


5.Ambil inti dan letakkan di  bahagian tengah daun.


6. Mulakan proses menggulung dengan melipat bahagian kiri dan kanan daun seperti di dalam gambar.


7.Kemudian,gulung dengan kemas dari bahagian tangkai dau menghala ke atas.


8. Balutan sarma yang telah digulung kemas. Ulangi proses menggulung ini dengan daun-daun anggur selebihnya hingga selesai.


9. Susun beberapa hirisan lobak merah memenuhi dasar periuk.

10. Kemudian, susun pula sarma yang telah siap digulung kemas rapat-rapat dan memenuhi bahagian atas lobak merah itu.Tuang air rebusan sekadar paras susunan sarma/doma sahaja.


11.Ambil sebiji piring yang berat dan tahan panas, tekan bahagian atas susunan sarma/dolma dengan piring di terlangkup.Ikut lah langkah seterusnya untuk memasak sarma seperti di dalam resipi.