Selamat datang ke blog Intai-intai Dapur...tempat perkongsian resipi.Mencuba pelbagai jenis masakan memberi kepuasan pada diri saya dan saya percaya memasak makanan yang enak dengan ikhlas ,adalah salah satu cara kita meluahkan rasa kasih dan sayang...Melalui blog ini, saya berharap dapat berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang ada dan berkongsi resipi yang antaranya diperturunkan, juga yang diperolehi dari pelbagai sumber lain...Semoga ianya diberkati.Selamat mencuba!!

Wednesday, May 13, 2015

ROTI BOYAN



Sekali pandang rupanya macam murtabak kan? Tapi, sebenarnya ini adalah roti boyan...Saya pun baru pertama kali buat dan makan! Lain sikit dari murtabak, roti boyan ni mesti lah dimakan dengan cicah sambal ikan bilis ya... Terima kasih diucapkan kepada seorang sahabat yang sudi berkonsi resipi ini :-

ROTI BOYAN:



1) I kg tepung gandum+1 cup minyak sapi ( or 2 tbsp minyak sapi+ 1/2 cup minyak) garam secukup nyer+air suam 1 tup kontena plastic...mix semu & uli hingga lembut.

2) Bulat-bulatkan dan sapukan minyak...perap sekurang-kurangnya 30minit. Nak perap lama pun boleh...



3) Buat inti kentang-->11/2kg.  kentang dibuang kulit ..rebus.4 biji bawang besar hiris dan rendam dgn air panas + garam .Lenyek kentang rebus kasar2, kemudian masukkan bawang yg telah dibuang air + garam + 2 biji telur + lada sulah.



4)  Gelek doh menjadi nipis...kemudian tarik seperti membuat murtabak & kemudian letakkan inti kentang tadi di tengah. Lipat doh menjadi 4 segi seperti murtabak.

5) akhir sekali goreng seperti menggoreng murtabak...hingga kulitnya nampak garing.

No comments:

Post a Comment