Selamat datang ke blog Intai-intai Dapur...tempat perkongsian resipi.Mencuba pelbagai jenis masakan memberi kepuasan pada diri saya dan saya percaya memasak makanan yang enak dengan ikhlas ,adalah salah satu cara kita meluahkan rasa kasih dan sayang...Melalui blog ini, saya berharap dapat berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang ada dan berkongsi resipi yang antaranya diperturunkan, juga yang diperolehi dari pelbagai sumber lain...Semoga ianya diberkati.Selamat mencuba!!

Wednesday, April 10, 2013

KERABU PUCUK ANGGUR



Bereksperimen di dapur dengan sesuatu yang baru...membuatkan saya rasa begitu teruja. Tambah-tambah lagi bila eksperimen itu menjadi. Kali ini jom kita cuba buat kerabu pucuk anggur pula! Sedap rupanya pucuk anggur ni bila dibuat kerabu atau urap...:)


KERABU PUCUK ANGGUR

Bahan Tumbuk:
1 sudu makan udang kering --> direndam
1 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1/2 sudu kecil biji lada hitam

* Semua bahan-bahan di atas ditumbuk lumat

Bahan Kerabu:
2 cekak pucuk anggur --> dihiris atau dikoyak-koyakkan
3 sudu makan kelapa putih
1 sudu makan kerisik
4 ulas bawang merah ( bersaiz besar ) --> dimayang
1 biji cili merah --> dihiris serong
1 biji cili hijau --> belah dua, buang bijinya & dihiris halus
5-6 biji cili padi --> dihiris halus
7-10 helai daun pudina --> dihiris
7-10 helai kelopak bunga kantan --> dihiris
1/2 biji perahan jus lemon
garam dan gula secukup rasa

**Caranya : Satukan bahan tumbuk bersama bahan kerabu ke dalam sebuah mangkuk dan gaul rata-rata. Perasakan masam , manis dan masinnya...Jika perlu ditambah jus lemon/garam/gula...silakan, ikut selera lidah masing-masing...:)

Tuesday, April 9, 2013

SARMA / DOLMA






Menperkenalkan sejenis juadah daripada daun anggur yang sangat terkenal di sekitar kawasan Mediterranean, Timur Tengah, dan negara-negara Eropah seperti di Bosnia dan Sweden. Bergantung pada tempatnya...juadah ini dipanggil dengan beberapa nama antaranya sarma, dolma,atau mahshi waraq . Saya mempunyai beberapa batang pokok anggur yang ditanam di halaman tepi rumah...jadi, mudah untuk saya mendapatkan daun anggur ini dan mencuba beberapa resipi daripadanya. Anda juga boleh mencuba resipi sarma ini jika boleh memperolehi daun anggur di tempat anda. Resipi yang saya paparkan di sini adalah jenis vegetarian. Sarma juga boleh dibuat bersama inti daging . Jika berkesempatan, saya akan berkongsi lagi beberapa resipi sarma yang lain di sini nanti...Insyaa allah.


RESIPI SARMA/DOLMA [ versi vegetarian ]

Bahan Inti :-
+- 50 helai daun anggur
1 1/2 cwn. beras basmathi --> dicuci & ditoskan airnya
1/4 cwn. minyak zaitun
1/8 cwn. pes tomato
1/2 cwn daun parsley --> dihiris halus
1/8 cwn. daun pudina -->dihiris halus
1/8 cwn. daun bawang --> dihiris halus
1 labu bawang besar --> dicincang
1 biji tomato --> dipotong dadu
1/4 cwn jus lemon
1/8 cwn. kismis / blackcurrants
1/8 cwn. badam hiris --> dibakar rangup
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1/2 sudu teh serbuk paprika
1/2 sudu teh garam

Bahan Air Rebusan:-
satukan 1 cwn. air + 1/4 cwn. jus lemon + 1 sudu kecil gula
1/4 cwn minyak zaitun
beberapa batang lobak merah

Cara Penyediaannya:-

1) Rendam dan bersihkan daun anggur. Kemudian celurkan sebentar ke dalam air panas untuk melembutkan daun. Tos dan buangkan tangkainya. Ketepikan.

2) Dengan mengguna api sederhana, panaskan minyak 1/4 cwn. minyak zaitun dan tumis bawang besar hingga layu lebih kurang 15min.

3) Kemudian, masukkan beras bersama jus lemon, kacau dan masak seketika selama 10min.

4) Masukkan semua bahan-bahan inti yang selebihnya, kacau dan masak untuk beberapa minit lagi .Pada peringkat ini, nasi tidak perlu masak sepenuhnya kerana ia akan kembang lagi ketika dimasak di dalam daun anggur nanti.Tutup api dan sejukkan.

5) Ambil sehelai daun anggur dan letakkan ke atas sebiji pinggan leper dengan bahagian berkilat daun terlangkup ke bawah. Kemudian letakkan lebih kurang dua sudu teh nasi ( bergantung pada saiz daun anggur itu...) ke atas daun anggur, hampir dengan bahagian tangkainya.

6) Lipat kiri dan kanan daun...dan gulung dari bahagian tangkai itu naik ke atas dengan kemas. Ulangi proses ini dengan daun anggur selebihnya hingga habis.

7) Di dalam sebiji periuk, susun lobak merah( yang telah dipotong memanjang) di bahagian dasarnya. Ini bagi mengelak sarma melekat pada periuk ketika masak nanti.

8) Susun serapat mungkin gulungan daun anggur ke atas lobak merah itu hingga habis.

9) Tuangkan ke atasnya campuran 1 cwn. air + 1/4 cwn. jus lemon + 1 sudu teh gula yang telah disediakan pada awal tadi. Letakkan sebiji piring berat yang tahan panas secara telangkup di atas susunan sarma. Ini untuk mengelakkan sarma daripada terapung ketika proses memasak.

10) Letakkan periuk ke atas api yang sederhana dah masak hingga mendidih. Setelah itu kecilkan api dan tutp periuk. Renih selama 45 min.

11) Kemudian, masukkan 1/4 cwn minyak zaitun ke dalam periuk dan renihkan lagi selama lebih kurang 15-20 min.

12) Setelah sarma masak, jangan dibuka terus penutup periuk. Perlu biarkan sarma sejuk sepenuhnya di dalam periuk sekurang-kurangnya 2 jam atau semalaman. Selepas itu baru lah dubuka penutupnya dan diangkat piring . Kaedah ini dilakukan kerana warna daun anggur akan pudar jika terus dibuka periuk ketika masih panas. Keluarkan sarma bersama lobak merah, dan toskan airnya.

13) Hidangkan sarma dan lobak merah bersama yogurt dan hirisan lemon.


Monday, April 8, 2013

NASI IKAN



Bagi yang mempunyai masalah kolesterol yang tinggi di dalam darah...resipi nasi ikan ini sangat lah sesuai untuk dimakan. Lauk sampingannya hanya lah ikan yang perlu dikukus , dibakar atau dipanggang dengan resipi pilihan anda dan acar sayuran/salsa. Dari segi nutrisi...hidangan ini seimbang dengan kandungan karbohidrat, protein,vitamin dan serat...saya boleh katakan, ia adalah satu hidangan yang sihat.



RESIPI NASI IKAN

*Mula-mula mesti sediakan stok ikan dulu...macamana? Senang jer...kalau ada tulang-tulang ikan dari lebihan buat kuah laksa tu...ambil dan rebuskan dengan bawang yang digoreng dengan minyak zaitun hingga layu dan sedikit garing. Lepas tu masukkan air ( ikut byk. mana nak guna utk. masak nasi...) & tulang ikan tu. Rebus sampai mendidih tidak melebihi 20min. lamanya...kalau tak ada tulang ikan...boleh jer guna ikan terus. :)

Bahan-bahan utk. nasi :-
2 cwn beras basmathi --> dicuci bersih & ditoskan airnya
1 biji bawang besar --> dicincang halus
3-4 sudu besar minyak zaitun
1 sudu kecil serbuk paprika
1 sudu kecil serbuk lada sulah
sedikit kismis
garam secukup rasa

Cara penyediaan nasi:-
* Panaskan minyak zaitun di dalam periuk dan tumiskan bawang besar hingga wangi dan agak layu...Kemudian, masukkan beras basmathi dan dikacau sebentar di atas api. Setelah itu...tuangkan stok ikan ke dalamnya mengikut sukatan air yang perlu digunakan utk. masak nasi (jika stok ikan kurang...boleh tambah air biasa kepadanya).
*Masukkan serbuk paprika + lada sulah + garam + kismis, dan gaul rata...kemudian, tutup periuk dan masak lah seperti nasi biasa. Tetapi,perlu lah di kacau sekali-sekala nasinya supaya masak sekata.Setelah nasi masak, taburkan bahan tumisan kismis + hirisan badam ke atasnya. Boleh lah dihidangkan.

Cara membuat bahan tabur : panaskan sedikit minyak zaitun dan gorengkan hirisan badam dan kismis secukupnya. Goreng sekejap saja...agak ok, tuangkan ke dalam periuk nasi yang telah masak tadi.


Cara Penyediaan Salsa:
Ada pelbagai resipi salsa yang anda boleh google. Di sini saya membuat salsa ikut apa yang ada di dapur saya saja.. Tomato dibuang bahagian tengahnya dan dipotong dadu + bawang besar dipotong dadu + sedikit bawang putih diparut + daun parsley dihiris + sedikit hirisan daun pudina + cili padi dihiris halus + perahan jus lemon + serbuk lada hitam kasar + garam dan gula secukup rasa. Hanya gaulkan semua bahan-bahan tersebut di dalam sebuah mangkuk dan seimbangkan rasa masam, masin dan manisnya mengikut selera anda.

Sunday, April 7, 2013

BENGKANG ROTI




Resipi ini amat mudah...dan ini adalah resipi puding roti saya sejak zaman persekolahan lagi. Boleh dikatakan, ianya resipi masa mula berjinak-jinak di dapur gitu...:)



PUDING @ BENGKANG ROTI

1 cwn. susu
2 biji telur
1/2 cwn. air
1/2 cwn gula ( kalau tak mau manis...boleh kurangkan)
8 - 10 keping roti

Caranya:-
1)Masukkan air ke dlm. bekas dan masukkan roti ; rendam roti dlm. air hingga lembut, kemudian hancurkan roti tersebut.

2) Di dalam mangkuk yang berasingan, satukan semua bahan-bahan selebihnya. Kemudian, masukkan roti yang telah dihancurkan tadi dan gaul sebati. Jika mahukan tekstur yang lebih halus...boleh juga blend semua bahan di dalam blender.

3) Tuangkan ke dalam acuan yang telah dilenserkan dan bakar pada suhu 175C selama 30minit atau hingga masak.

ROTI JALA DWI-WARNA



Menceriakan masa minum petang atau sarapan pagi anda...apa kata kali ini anda cuba buat sendiri roti jala dwi-warna ini mengikut kreativiti anda...:) Untuk membuat roti jala dwi-warna, anda memerlukan 2 botol yang bermuncung tiga pada penutupnya [ seperti yang diguna oleh peniaga burger tu...]. Bahagikan adunan roti jala kepada dua warna dan diisikan ke dalam botol tersebut. Setelah itu anda boleh terus menjala di atas kuali dengan jalaan bersegi ataupun membulat...ikut lah hati anda....:) SELAMAT MENCUBA!


RESIPI ROTI JALA

Bahan-bahannya:
1 cwn.tepung gandum
1/2 cwn.santan @ susu segar
1/2 cwn. air
1 biji telur
1/4 sudu kecil garam @ secukup rasa
1 sudu besar minyak sayuran
sedikit warna...ikut pilihan masing-masing

Cara Membuatnya:

1) Campurkan semua bahan-bahan di atas ke dalam sebuah mangkuk dengan mengguna hand-mixer sahaja...sampai sebati.Tapis adunan dan warnakan. Kalau nak buat dwi-warna , bahagikan adunan kepada dua bahagian dan warnakan.

2) Panaskan kuali leper dan lenserkan dengan sedikit minyak...boleh lah mula menjala mengikut kreativiti masing-masing.

3) Angkat dan lipatkan atau gulung roti jala. Sedia untuk dihidang.

NOTA: Resipi ini dapat menghasilkan lebih kurang 7-8 keping roti jala ( ikut besar mana yang dijala atas kuali tadi). Gandakan resipi jika ingin kuantiti yang banyak.