Selamat datang ke blog Intai-intai Dapur...tempat perkongsian resipi.Mencuba pelbagai jenis masakan memberi kepuasan pada diri saya dan saya percaya memasak makanan yang enak dengan ikhlas ,adalah salah satu cara kita meluahkan rasa kasih dan sayang...Melalui blog ini, saya berharap dapat berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang ada dan berkongsi resipi yang antaranya diperturunkan, juga yang diperolehi dari pelbagai sumber lain...Semoga ianya diberkati.Selamat mencuba!!

Monday, January 12, 2015

KUIH LOMPANG




Kuih lompang merupakan kuih tradisi Melayu yang tidak pernah jemu dinikmati samada dijadikan  minum petang ataupun sarapan pagi. Daripada resipi asas lompang gula merah ini , boleh juga dipelbagaikan kepada perisa pandan dengan hanya menggunakan gula pasir sahaja dan air perahan daun pandan. Boleh juga dibuat lompang yang berwarna-warni untuk menceriakan sesuatu majlis dengan meletakkan beberapa titisan pewarna makanan ke dalam adunan lompang, sebagai satu kelainan. Jangan takut untuk menjadi kreatif di dalam dunia masakan....selamat mencuba!


LOMPANG

1 cwn. tepung gandum
1/2 cwn. tepung ubi
1/2 cwn. tepung beras
sedikit air kapur
1 cwn, gula pasir
1 cwn. gula merah
Hiasan: kelapa parut secukupnya 

Cara Membuatnya:-
1) Masak kedua-dua jenis gula bersama 2 cawan air. Sejukkan. Tapis, dan jadikan 4 cawan.
2) Masukkan semua tepung ke dalam air gula bersama air kapur. Kacau sebati dan tapis sekali lagi.
3) Panaskan pengukus.Acuan lompang disapu minyak sedikit dan dipanaskan di dalam pengukus terlebih dulu.
4) Tuang adunan ke dalam acuan dan kukus selama 20 minit atau hingga masak secukupnya.

No comments:

Post a Comment