Selamat datang ke blog Intai-intai Dapur...tempat perkongsian resipi.Mencuba pelbagai jenis masakan memberi kepuasan pada diri saya dan saya percaya memasak makanan yang enak dengan ikhlas ,adalah salah satu cara kita meluahkan rasa kasih dan sayang...Melalui blog ini, saya berharap dapat berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang ada dan berkongsi resipi yang antaranya diperturunkan, juga yang diperolehi dari pelbagai sumber lain...Semoga ianya diberkati.Selamat mencuba!!

Tuesday, January 20, 2015

KUIH CARA BERLAUK



Apa kata.... petang ni sambil berehat tengok TV kita jamu ahli keluarga makan kuih cara berlauk yang dihidang bersama kopi atau teh. Pilih lah bentuk acuan kuih cara yang digemari...yang berbunga atau yang bujur. 

KUIH CARA BERLAUK

Bahan-bahannya:-

1 cwn. tepung gandum
1 sudu makan tepung ubi
2 cwn. santan + air --> sederhana pekat
1 biji telur
sedikit pewarna kuning @ serbuk kunyit
minyak masak/minyak sapi cair --> digunakan utk. sapu acuan

Bahan Intinya:-

100 gm. isi daging/ayam hancur
sedikit udang kering --> ditumbuk kasar
1 biji bawang besar --> dicincang
4 ulas bawang putih --> dicincang
4-5 sudu makan air
sedikit lada hitam biji
sedikit jintan manis biji
sedikit biji ketumbar
garam & gula secukup rasa
minyak utk. menumis

Bahan Hiasan;-

2-3 biji cili merah
sedikit bawang goreng

Cara Membuat Inti :-
1) Tumbuk semua rempah jintan manis + lada hitam + biji ketumbar hingga halus.
2) Tumis bawang besar + bawang putih cincang tadi hingga naik bau dan sedikit layu.
3) Masukkan daging dan masak sebentar hingga daging berubah warna.
4) Kemudian masukkan campuran rempah tumbuk tadi bersama udang kering. Kacau sebentar.
5) Masukkan air dan renih sambil kacau. Kemudian masukka garam dan gula secukup rasa.
6) Masak inti hingga kering. Kemudian angkat dari api dan sejukka sepenuhnya.

Cara Untuk Membuat Kuih Cara :-
1) Bancuh tepung gandum + tepung ubi +  telur + santan + pewarna kuning di dalam sebuah mangkuk. Tapis.
2) Masukkan adunan ke dalam jug kecil atau bekas yang bercorong supaya senang dituang ke dalam acuan nanti.
3) Panaskan acuan di atas api sederhana terlebih dahulu. Kemudian sapukan minyak dan biar minyak menjadi panas.
4) Tuang adunan ke dalam acuan, taburkan inti ke atas adunan & hiaskan dengan bawang goreng dan di cili merah ke atasnya. Tutup acuan dengan penutup periuk. Biar masak sepenuhnya.
5) Bila cukup masak, keluarkan dari acuan....dan ulangi proses membakar kuih cara hingga habis adunan.





No comments:

Post a Comment