Selamat datang ke blog Intai-intai Dapur...tempat perkongsian resipi.Mencuba pelbagai jenis masakan memberi kepuasan pada diri saya dan saya percaya memasak makanan yang enak dengan ikhlas ,adalah salah satu cara kita meluahkan rasa kasih dan sayang...Melalui blog ini, saya berharap dapat berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang ada dan berkongsi resipi yang antaranya diperturunkan, juga yang diperolehi dari pelbagai sumber lain...Semoga ianya diberkati.Selamat mencuba!!

Wednesday, May 13, 2015

KEK KUKUS LAPIS KAYA




Resipi kek ini dah lama sebenarnya berada dalam simpanan saya. Tapi sekali pun tak pernah cuba membuatnya. Resipi kek kukus lapis kaya ini asalnya daripada arwah mak saya yang mungkin dipelajarinya dalam tahun 70an dulu. Baru-baru ini buat pertama kalinya saya mencuba resipi lama ini dan berpeluang menghidangkannya kepada sahabat lama yang datang bertandang ke rumah. Resipinya agak mudah dan cepat disiapkan. Ikut resipi asal...antara lapisan kek tersebut tidak perlu disapu kaya. Di sini saya cuba mengolah sedikit resipi asal...dan hasilnya tidak mengecewakan.

KEK KUKUS LAPIS KAYA

340g. tepung gandum
280g. gula halus
1s.teh baking powder
1 tin susu cair
1 tin kecil kaya
340g. mentega
10 biji telur ayam
1 s.teh esen vanila
2 s.teh golden syrup @ madu 

Cara Membuatnya:
1) Pukul mentega + gula + susu cair + kaya + esen vanila + golden syrup hingga gebu.

2) Di dalam mangkuk berasingan, pukul telur hingga kembang .

3) Kemudian satukan adunan mentega yang telah dipukul tadi bersama adunan telur...dan kacau rata-rata.

4) Masukkan tepung = baking powder yang telah diayak bersama terlebih dahulu, kacau sebati.

5) kemudian bahagikan adunan kepada dua bahagian --> satu diwarnakan merah & satu lagi diwarnakan kuning atau boleh guna warna lain mengikut selera masing-masing.

6) Masukkan ke dalam loyang secara dikukus berselang-seli warna. Pada setiap dua lapisan sapukan kaya dan teruskan dengan proses mengukus sehingga selesai.

7) kukus hingga cukup masak.

No comments:

Post a Comment