Selamat datang ke blog Intai-intai Dapur...tempat perkongsian resipi.Mencuba pelbagai jenis masakan memberi kepuasan pada diri saya dan saya percaya memasak makanan yang enak dengan ikhlas ,adalah salah satu cara kita meluahkan rasa kasih dan sayang...Melalui blog ini, saya berharap dapat berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang ada dan berkongsi resipi yang antaranya diperturunkan, juga yang diperolehi dari pelbagai sumber lain...Semoga ianya diberkati.Selamat mencuba!!

Tuesday, January 20, 2015

KUIH CARA BERLAUK



Apa kata.... petang ni sambil berehat tengok TV kita jamu ahli keluarga makan kuih cara berlauk yang dihidang bersama kopi atau teh. Pilih lah bentuk acuan kuih cara yang digemari...yang berbunga atau yang bujur. 

KUIH CARA BERLAUK

Bahan-bahannya:-

1 cwn. tepung gandum
1 sudu makan tepung ubi
2 cwn. santan + air --> sederhana pekat
1 biji telur
sedikit pewarna kuning @ serbuk kunyit
minyak masak/minyak sapi cair --> digunakan utk. sapu acuan

Bahan Intinya:-

100 gm. isi daging/ayam hancur
sedikit udang kering --> ditumbuk kasar
1 biji bawang besar --> dicincang
4 ulas bawang putih --> dicincang
4-5 sudu makan air
sedikit lada hitam biji
sedikit jintan manis biji
sedikit biji ketumbar
garam & gula secukup rasa
minyak utk. menumis

Bahan Hiasan;-

2-3 biji cili merah
sedikit bawang goreng

Cara Membuat Inti :-
1) Tumbuk semua rempah jintan manis + lada hitam + biji ketumbar hingga halus.
2) Tumis bawang besar + bawang putih cincang tadi hingga naik bau dan sedikit layu.
3) Masukkan daging dan masak sebentar hingga daging berubah warna.
4) Kemudian masukkan campuran rempah tumbuk tadi bersama udang kering. Kacau sebentar.
5) Masukkan air dan renih sambil kacau. Kemudian masukka garam dan gula secukup rasa.
6) Masak inti hingga kering. Kemudian angkat dari api dan sejukka sepenuhnya.

Cara Untuk Membuat Kuih Cara :-
1) Bancuh tepung gandum + tepung ubi +  telur + santan + pewarna kuning di dalam sebuah mangkuk. Tapis.
2) Masukkan adunan ke dalam jug kecil atau bekas yang bercorong supaya senang dituang ke dalam acuan nanti.
3) Panaskan acuan di atas api sederhana terlebih dahulu. Kemudian sapukan minyak dan biar minyak menjadi panas.
4) Tuang adunan ke dalam acuan, taburkan inti ke atas adunan & hiaskan dengan bawang goreng dan di cili merah ke atasnya. Tutup acuan dengan penutup periuk. Biar masak sepenuhnya.
5) Bila cukup masak, keluarkan dari acuan....dan ulangi proses membakar kuih cara hingga habis adunan.





Monday, January 12, 2015

KUIH LOMPANG




Kuih lompang merupakan kuih tradisi Melayu yang tidak pernah jemu dinikmati samada dijadikan  minum petang ataupun sarapan pagi. Daripada resipi asas lompang gula merah ini , boleh juga dipelbagaikan kepada perisa pandan dengan hanya menggunakan gula pasir sahaja dan air perahan daun pandan. Boleh juga dibuat lompang yang berwarna-warni untuk menceriakan sesuatu majlis dengan meletakkan beberapa titisan pewarna makanan ke dalam adunan lompang, sebagai satu kelainan. Jangan takut untuk menjadi kreatif di dalam dunia masakan....selamat mencuba!


LOMPANG

1 cwn. tepung gandum
1/2 cwn. tepung ubi
1/2 cwn. tepung beras
sedikit air kapur
1 cwn, gula pasir
1 cwn. gula merah
Hiasan: kelapa parut secukupnya 

Cara Membuatnya:-
1) Masak kedua-dua jenis gula bersama 2 cawan air. Sejukkan. Tapis, dan jadikan 4 cawan.
2) Masukkan semua tepung ke dalam air gula bersama air kapur. Kacau sebati dan tapis sekali lagi.
3) Panaskan pengukus.Acuan lompang disapu minyak sedikit dan dipanaskan di dalam pengukus terlebih dulu.
4) Tuang adunan ke dalam acuan dan kukus selama 20 minit atau hingga masak secukupnya.

Sunday, January 11, 2015

FOCACCIA



Ingin cuba membuat Focaccia [disebut : Fo-Ka-Shia ]? Boleh cuba resipi di bawah ini. Membuat roti leper yang berasal dari Italy ini tidak lah sukar dan bahan-bahannya pun senang diperolehi. Focaccia ini merupakan roti leper yang bertekstur seakan-akan pizza dengan permukaan yang tidak sekata.Topping focaccia boleh dipelbagaikan. Untuk kali ini saya ketengahkan 'Onion Focaccia'.

ONION FOCACCIA 
[makes 1 round loaf ]

The Dough:-
150ml lukewarm water
225g. plain flour
1/2tsp. salt
1tsp. dried yeast
1Tbsp. olive oil

The Topping:-
2-3 garlic cloves -- sliced
1 red onion -- cut into thin wedges
some fresh rosemary sprigs
1Tbsp. olive oil

Method:-
1) Sift the flour into a large bowl.
2) Stir in salt + yeast + olive oil .
3) Gradually add the lukewarm water and knead until it forms a dough. May add a little more water if the dough is too dry.
4) Transfer the dough to a floured board and knead for 10-15 minutes more. 
5) Place in a bowl, cover & leave to rise for about 30-40 minutes, until doubled in size.
6) Punch down the risen dough on a lightly floured surface and roll out into an oval shape, 1/2 inch thick.
7) Place on a lightly greased baking sheet & make deep holes with your finger, about 1 inch apart on the dough surface.
8) Leave to rise for another 20-30 minutes.
9) Preheat the oven to 200C.
10) Cover the dough surface with the topping ingredients, brush lightly with olive oil, and bake for about 25 minutes or until the loaf sounds hollow when tapped on the bottom. Leave to cool.


Sumber resipi : diubahsuai dari buku bertajuk BAKING oleh Martha Day.



Friday, January 9, 2015

2015

Adusss!! Berzaman dah rasanya akak tak update apa-apa entry di blog Intai-Intai Dapur ni. Banyak masalah teknikal dan kekangan masa untuk akak update blog ini sebenarnya. Apa-apa pun...insya Allah tahun 2015 ini akak akan cuba kongsi resipi-resipi yang menarik dengan entry terbaru sedaya mungkin untuk tatapan pengunjung-pengunjung blog ini. Boleh dikatakan...azam baru lah ye...hehehe. Selamat tahun baru semua...